berita

Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua

August 8th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Juliana Evans

Selebriti terkenal, Che Puan Juliana Evans telah berkongsi wajah anak keduanya yang dilahirkan pada 17 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: Juliana Evans Selamat Bersalin Anak Kedua

Artikel Berkaitan: Epidural Tidak Berkesan, Juliana Evans Trauma Untuk Melahirkan Anak Kedua

Anak kedua Juliana Evans

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon filem KAMI The Movie memuat naik beberapa gambar anak perempuannya. Kata Juliana, 34, kehidupan sebagai ibu telah membuat dirinya menjadi seorang yang ‘multi-tasking’.

Sebulan setengah selepas melahirkan bidadari kedua saya. Motherhood kepada dua orang anak membuatkan saya multitasking!. Tetapi untuk melihat bayi saya membesar dengan lebih sihat setiap hari, mungkin pemandangan terbaik yang pernah ada.

Komen netizen

Juliana Evans

Juliana Evans

Perkongsian Juliana Evans di Instagram dihujani dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak keruan melihat wajah bayi kedua pelakon ini yang terlalu comel. Malah ramai menyamakan wajah anak keduanya persis seperti ibunya.

Sekadar info, Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah berkahwin pada April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 2.

Sumber: Juliana Evans

SKIP THIS AD ×