Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 33 semalam.
Artikel Berkaitan : Tunku Abdul Jalil Bakal Kongsi Susah Payah Hidupnya Sebagai Seorang Pesakit Kanser
Sambutan yang penuh dengan keserdehanaan dan amat mengharukan kerana hanya dilakukan di sebuah hospital di Singapura demi menemai puteranya Tunku Abdul Jalil yang menjalankan rawatan sakit kansernya.
“saya berharap agar dapat meraikan banyak lagi tahun yang penuh dengan kebahagian”
Hari ini (semalam), Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar, Sultan Johor, dan Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor meraikan hari pernikahan mereka yang telah disempurnakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak pada 22hb September 1982.
“Di hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 33 ini, saya berharap agar dapat meraikan banyak lagi tahun yang penuh dengan kebahagian bersama Raja Zarith, InSyaAllah. Kami diberkati dengan enam cahayamata yang melengkapkan keluarga kami,” Sultan Ibrahim.
“Doakan kesejateraan putera kami”
Hari ini, pasangan Diraja Johor ini, hanya mengimpikan semoga Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, yang telah dijadualkan untuk menjalani biopsi di sebuah hospital di Singapura, akan sembuh dan kembali sihat.
“Saya dan Raja Zarith berharap agar para Muslimin dan Muslimat serta Bangsa Johor seluruhnya turut mendoakan kesejahteraan putera kami,” Sultan Ibrahim.?#?sultanibrahimofficial??#?sultanjohor??#?luaskankuasamu??#?jdt??#?muafakatbangsajohor?
?#?royaljohor??#?sultanjohordanrakyatberpisahtiada?
Sumber : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar