Pada 23 Jun lalu gempar apabila 12 remaja dan seorang jurulatih bola sepak Thailand terperangkap di dalam sebuah gua akibat peningkatan jumlah air kerana keadaan hujan yang berterusan. Ratusan penyelamat dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa terperangkap namun tidak berjaya.
Sembilan hari sudah berlalu, akhirnya lewat malam Isnin Gabenor Wilayah Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn mengesahkan bahawa kesemua mangsa ditemui dengan menunjukkan ‘tanda-tanda masih bernyawa’.
Sembilan hari usaha menyelamat dijalankan, akhirnya kesemua mangsa ditemui
Selain pasukan tempatan, pasukan antarabangsa turut membantu dalam usaha mencari dan menyelemat seorang jurulatih bola sepak serta 12 remaha yang lain. Kesemua remaja dari umur 11 hingga 16 tahun, manakala jurulatih bola sepak itu berusia 25 tahun. Mereka dipercayai terperangkap di hutan Tham Luang-Khun Nam Nang Noon akibat peningkatan jumlah air.
Operasi mencari dan menyelamat turut sukar kerana cuaca buruk dan hujan lebat yang berterusan. Selain pasukan tempatan dan antarabangsa, kira-kira 1000 penduduk juga turut membantu. Selepas sembilan hari terperangkap, akhirnya kesemua mangsa ditemui dalam ‘keadaan masih bernyawa’.
Sumber: Twitter, Astro Awani