Umum sudah tahu bahawa pelakon comel, Nad Zainal kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon baru yang tidak kurang kacaknya, Azwan Kombos.
Bagaimanapun, hubungan pasangan ini sering ditimpa kontroversi apabila Nad didakwa menjadi ‘penaja’ kepada kekasihnya itu. Malah, sebelum ini mereka juga pernah dituduh tinggal serumah dan berkhalwat.
Terkini, OHBULAN! telah menerima beberapa keping gambar yang dipercayai dirakam ketika pasangan sejoli ini sedang menghadiri sesi kursus perkahwinan. Agaknya adakah mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini?
Foto Nad Zainal dan Azwan Kombos menghadiri kursus perkahwinan
Menurut sumber-sumber terapat, kursus perkahwinan ini telah diadakan di Masjid Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara dan ianya telah berlangsung selama dua hari, bermula pada 1 Mac sehingga 2 Mac.
Sumber tersebut turut menambah bahawa Nad dan Azwan kelihatan sangat serasi dan gembira semasa mengikuti kursus perkahwinan tersebut.
Nama penuh Nad Zainal, Farah Nadia Binti Zainal Abidin tertera di senarai nama peserta kursus
Bagaimanapun, tiada foto yang dikongsi oleh Nad mahupun Azwan di laman Instagram mereka untuk memaklumkan perkara baik ini.
Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan perkara ini dan juga masih lagi merancang tarikh sesuai untuk mengumumkannya.
Nad Zainal memaklumkan kelewatannya ke sebuah majlis pada 1 Mac
Manakala, keesokan harinya (2 Mac) kekasih Nad, Azwan Kombos pula berkongsi sekeping foto yang menunjukkan pakaian yang digunakan adalah sama dengan foto yang kami terima.
Foto yang dimuatnaik oleh Azwan Kombos pada pagi 2 Mac
Jika benar pasangan ini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang masing-masing, maka sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka. Apakata kita lihat beberapa keping foto pasangan ini semasa mengikuti kursus perkahwinan tersebut.
Kredit: Instagram Nad Zainal & Azwan Kombos