berita

Harap Raya Ni Dapat Jumpa, Mummy Miss You All Sangat – Ini Luahan Hati Isteri Awie Yang Dihalang Jumpa Anak-Anaknya

July 16th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-16 at 10.58.23 AM

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hati ibu mana yang tak sebak apabila haknya untuk berjumpa dengan anak yang dikandung selama 9 bulan dinafikan?

Kami yang menonton video yang dimuat naik di mStar Online ini juga hampir-hampir berlinangan air mata kerana jelas tampak kesayuan pada wajah isteri Awie, Rozana Misbun.

Enggan berkongsi masalah sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka, Rozana yang lebih mesra dipanggil Ina memberitahu bahawa sudah sebulan dia dihalang oleh Awie untuk menemui anak-anaknya.

Screen Shot 2014-07-16 at 11.00.23 AM

Kredit foto: mStar Online

“Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang… Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat.

Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina.”

Usaha Rozana untuk menghubungi anak-anaknya juga gagal apabila panggilannya sering tidak berjawab. Malah, dia juga tidak dibenarkan untuk menemui anaknya di sekolah.

“Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.”

Rupanya, kecederaan yang dialami oleh Rozana masih belum pulih sepenuhnya lagi. Katanya;

“Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru.

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.”

Sejujurnya, kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Rozana. Apapun, diharapkan Rozana bersabar dengan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Semoga kebenaran akan terserlah jua satu hari nanti.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×