Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba kami dengar ura-ura bahawa pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun ini mahu bercerai.
Mula-mula kami tak mahu percaya dengan kontroversi itu, tetapi akhirnya tuan punya badan sendiri sudah mengesahkan perkara ini menerusi mStar Online.
Kata Ezany Nizariff lagi, dia terpasa akur dengan permintaan Lizda kerana isterinya itu sudah seringkali menyuarakan hasrat ingin menamatkan hubungan suami isteri mereka.
Foto perkahwinan Ezany Nizariff dan Lizda
“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi. Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia,”
Bagaimanapun, Ezany enggan mengulas lanjut apabila ditanya adakah dia dan isterinya itu sudah memfailkan perceraian di mahkamah. Sementara itu, isterinya ada memuat naik status di laman sosial menegenai perkara ini. Katanya;
“Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga.”
Namun, apa yang mengejutkan ada juga pihak mendakwa bahawa isterinya itu terlibat dengan kes penipuan wang ringgit di kalangan rakan-rakan. Betul ke?