Baru saja mendirikan rumahtangga pada Mei lalu, ada desas desus mengatakan perkahwinan Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa sedang bergolak. Malah, ada juga dakwaan yang mereka berdua sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
Menerusi Harian Metro semalam, Hafiz Hamidun memberikan respon mengenai isu ini.
Saya mahu keluarga bahagia, tetapi apakan daya – Joy Revfa
Ramai yang membuat andaian rumahtangga pasangan ini sedang goyah apabila Joy memuatnaik video berserta status sedih di intagramnya.
Walaubagaimanapun, apabila ditanya Joy enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu kesibukan kerja membuatkan mereka sedikit renggang.
Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga).
Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.
Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya.
Gosip ini semakin hangat diperkatakan apabila mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung. Malah, tidak ada lagi gambar mereka bersama di Instagram masing-masing.
Respon Hafiz Hamidun
Hafiz menerusi Harian Metro juga enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta orang luar supaya tidak terlalu cepat membuat sebarang spekulasi.
Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian.
Hafiz dan Joy bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Ini adalah perkahwinan kedua Joy. Hasil perkahwinan terdahulu Joy dan pasangannya dikurniakan seorang anak lelaki.
sumber : Harian Metro , Berita Harian Online