Baru-baru ini satu bencana alam berlaku di Arafah, Mekah dimana kejadian itu jarang sekali berlaku ketika musim panas. Menurut beberapa laporan, angin kencang bermula ketika matahari mulai terbenam dalam keadaan jemaah haji tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.
Bagi PU Amin, kejadian itu merupakan satu peringatan buat umat manusia mengenai perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam, terutama sekali mengenai isu hangat LGBT. Tetapi sesetengah pihak mengatakan bahawa ribut pasir itu sememangnya perkara biasa di Arab Saudi.
‘Teruskan mencabar Tuhan..’
Beberapa hari lalu, PU Amin telah memuat naik satu Tweet mengenai ribut pasir yang berlaku di Arafah, Mekah. Walaubagaimanapun, sesetengah pihak menyatakan bencana itu adalah sesuatu yang normal. Baca paparan skrin di bawah.
Ribut pasir di Arab Saudi adalah normal
Sumber: Twitter PU Amin