Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai sikap segelintir pemandu kereta yang mementingkan diri sendiri dengan menggunakan lorong kecemasan sehingga menyebabkan kematian cetus kemarahan netizen.
Rentetan daripada kejadian itu, ada sesetengah pihak memulakan kempen tendang side-mirror kereta yang menyalahgunakan laluan kecemasan untuk menunjukkan protes dan memberi pengajaran kepada golongan yang masih menyalahkan lorong kecemasan tersebut.
Namun, ramai yang tak setuju dengan kempen tersebut kerana tindakan fizikal seperti itu boleh menyebabkan kerosakan dan kejadian yang lain pula berlaku.
Memburukkan lagi tahap keselamatan jalan raya
(Sekadar gambar hiasan)
Entah mengapa, rasa tak sedap hati apabila ada sesetengah pihak memulakan kempen tendang side-mirror kereta yang menyalahgunakan laluan kecemasan.
1) Tak dinafikan pemandu-pemandu kereta itu bersalah. Bahkan, sudah ada nyawa yang terkorban disebabkan sifat ignorant mereka terhadap ambulans.
2) Namun, adakah wajar kita balas dengan keganasan, merosakkan harta benda mereka? Benarkah ia akan menyelesaikan masalah?
3) Bayangkan, apakah akibatnya perbuatan kita merosakkan side-mirror kereta orang… Bukankah ia akan memburukkan lagi tahap keselamatan jalan raya? Bagaimanakah jika disebabkan tindakan kita itu, akan menyebabkan pula kemalangan antara kereta tersebut dengan orang lain?
4) Dan, andai kata rantaian dendam dan amarah ini berterusan, sudah pasti akan ada pula pengguna kereta yang akan melakukan sesuatu terhadap penunggang motosikal yang lalu di laluan kecemasan. Bayangkan jika mereka tiba-tiba menghimpit kita dengan penghadang jalan raya, atau membuka pintu kiri kereta mereka. Lantaran terkejut, kita cuba mengelak, kemudiannya terbabas. Penunggang motosikal yang lain pula yang akan menanggung akibat perbuatan kita.
5) Isu ini jika tidak diatasi dengan berhemah, sudah pasti akan mengeruhkan lagi keadaan. Sememangnya undang-undang kita masih lagi belum dikuatkuasakan dengan baik, namun adakah dengan melanggar undang-undang mampu menguatkuasakan undang-undang?
Kempen ini tidak patut kerana mengundang kebencian, kemarahan & perbalahan
6) Please… Think again.
Two wrongs don’t make one right.
You can’t break laws to fix laws.
Decisions made through hatred do not bring peace.
7) Tambah-tambah lagi kita dah masuk bulan Ramadhan. Kempen menendang side-mirror kereta yang menyalahgunakan laluan emergency adalah sangat tidak patut. Ia mengundang kebencian, kemarahan dan perbalahan.
8) Ada satu kaedah lebih selamat untuk mengelakkan kereta-kereta lain menyalahgunakan laluan kecemasan. Tahun lepas Abeben pernah tengok satu video, di mana ada seorang pemandu kereta yang menggunakan keretanya untuk blok kereta-kereta orang lain daripada lalu di laluan kecemasan. Rasanya itu lebih selamat.
Sebaiknya ambil gambar plate & laporkan kepada pihak berkuasa
9) Ataupun ambil gambar nombor plate kereta dan laporkan kepada pihak berkuasa.
10) Apa-apa pun, cuba fikirkan cara lain yang lebih berhemah untuk selesaikan masalah ini. Kalau sesiapa ada cadangan, boleh aja cadangkan di ruangan komen. Abeben pun tak tahu apakah solusi terbaik untuk masalah ini. Namun yang pasti, menendang side-mirror kereta bukanlah solusinya. Ia membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
11) Apa-apa pun, ini pandangan Abeben. Abeben yakin, akan ada yang tidak bersetuju dengan pandangan Abeben ini. Tapi, Abeben nak nyatakan jugak pandangan Abeben ni. Sebab Abeben risau, perkara seperti dalam komik ini boleh jadi kenyataan… Nak tidur pun rasa tak sedap hati. Apatah lagi apabila ada sesetengah public figure dan pendakwah yang turut sama menyokong kempen sebegini. Abeben bimbang ramai yang akan terikut.
12) Akhir kata, Ramadhan baru sahaja membuka tirai. Pintu neraka sudah ditutup. Janganlah kita pula yang seolah-olah mengetuk pintu neraka, meminta agar ia dibuka semula. Yang mana yang share kempen tendang side-mirror tu, masih belum terlambat untuk anda delete.
13) Wallahualam…
sumber: Abeben’s Artworks