berita

Kini Korang Boleh Update IG, Main Twitter Dan Tengok Movie Dalam Flight AirAsia! Biar Betul?

November 13th, 2017 | by faris | 0 comments
4.4K
reads
155
shares
Shout Out!

Penerbangan panjang memang memenatkan selain turut membosankan. Iyalah, perhubungan dengan dunia luar perlu diputuskan untuk seketika bagi tujuan keselamatan. Maka terkebil-kebillah penumpang dalam pesawat, kalau boleh lelapkan mata, okaylah juga, kalau tidak?

Tapi korang tidak perlu lagi dilanda kebosanan atau tidur saja sepanjang penerbangan pergi bercuti atau balik kampung. Saat yang dinantikan telah tiba, kebosanan dalam flight bukanlah salah satu masalah dunia lagi buat korang dengan adanya Wi-Fi Rokki dalam flight AirAsia! Apa tu?

Ayda try, you bila lagi?

Kalau korang nak tahu, Ayda Jebat pun sudah cuba guna perkhidmatan Rokki ni tau, Redza Rosli pun sama. Macam-macam drama dan filem ada dalam list, antaranya Istanbul Aku Datang dan yang paling legend, Gemerlapan. Siapa ingat lagi movie tu?

Tweet, Facebook dan IG semua boleh

Selain tonton filem dan drama, boleh juga bertweet, FB dan IG dari udara. Mesti cool kan kalau dapat Instastory kepulan awan dan tempat-tempat menarik dari view berbeza. Memang rare habis!

Serendah RM9. Murah kan?

Rokki boleh diakses secara percuma untuk seleksi rancangan menarik drama dan gaya hidup. Untuk berhubung menerusi aplikasi sosial, pelan Wi-Fi ini boleh didapati dengan hanya RM9. Kami juga turut berpeluang menggunakan perkhidmatan berkenaan, memang best, korang pun patut cuba jika menaiki pesawat AirAsia. Terbaik!