berita

Lebih Baik Ibu Bapanya Yang Jawab – Dato’ Siti Nurhaliza Komen Perkahwinan Anak Tiri

October 22nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sempena majlis pelancaran program makan malam, ‘Pink Jazzy Affair 2012′ yang diadakan untuk mengutip dana bagi pesakit kanser payudara, OHBULAN! berkesempatan menemui Dato’ Siti Nurhaliza yang akan menjadi salah seorang artis untuk malam persembahan ‘Pink Jazzy Affair 2012′ yang bakal diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Kesempatan ini telah diambil OHBULAN! untuk memastikan adakah benar khabar angin mengatakan bahawa anak lelaki Datuk K yang juga merupakan anak tiri kepada Dato’ Siti Nurhaliza akan berkahwin tidak lama lagi.

Ketika ditanya, Dato’ Siti meminta agar para media mendapatkan lebih penjelasan dari ibu dan bapa kandung anak tirinya sendiri.

“Bagi saya, lebih baik serahkan pada ibu dan bapanya,” jawab pelantun lagu ‘Biarlah Rahsia’ ini.

Namun itu tidak bermaksud beliau tidak gembira jika benar beliau bakal menerima seorang menantu.

“Saya tumpang gembira dengan kehadirannya.”

Dalam pada itu, majlis amal yang dianjurkan buat kali kedua oleh Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) ini akan diadakan pada 30 November 2012. Antara artis yang turut terlibat termasuklah Atilia Haron, Donne Ray Radford (The Platters) dan juga Harith Iskandar sebagai hos.

Apa yang lebih menarik, Dato’ Siti bakal mempersembahkan kesemua lagunya pada malam itu dengan rentak jazz. Bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Siti berkemungkinan akan mempersembahkan 10 – 12 buah lagu sepanjang 45 minit masa persembahan.

“Ini pertama kali saya membuat persembahan dalam muzik jazz, jadi saya rasa teruja dan tak sabar,” ujar Dato’ Siti Nurhaliza.

Sebagai seorang idola, Siti melihat jemputan dari Hospital Gleneagles untuk kempen kanser payudara merupakan satu tanggungjawab terhadap dirinya.

“Saya lihat ini sebagai satu tanggunjawab kerana kanser payudara adalah satu penyakit yang paling ditakuti oleh wanita.”

Tiket untuk persembahan pada makan malam ‘Pink Jazzy Affair 2012′ akan dijual pada harga RM450 & RM650 (dinner & show) manakala untuk tiket berharga RM1,000, para peminat dapat bertemu secara eksklusif dengan Dato’ Siti Nurhaliza beserta makan malam dan persembahan.

SKIP THIS AD ×