Seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Mangsa, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan maut selepas dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus. Susulan daripada itu, polis telah menahan ibu mangsa dan teman lelakinya untuk membantu siasatan.
Di Facebook, luahan sayu bapa mangsa ini buat kami sebak. Semoga bapa sentiasa tabah dan hukuman setimpal dikenakan kepada pelaku.
Usus pecah
Harian Metro melaporkan perbuatan itu terbongkar selepas pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah menjalankan bedah siasat keatas mangsa. Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian badan.
Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah
Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata mangsa telah meninggal dunia pada hari Rabu jam 4 pagi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu.
Suspek serta ibu mangsa ditahan petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar
Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal
Di Facebook, bapa mangsa, Hairil Khan Azali meluahkan rasa sayu dengan pemergian anak tersayang.
Abah sayang anak abah
Hari-hari boleh tengok adik kat kubur
Sungguh sukar aku terima
Anakku ada di syurga sekarang nak
Sumber : Hans Van Djik , Harian Metro