berita

‘Mak Masih Tunggu Abah’ – Ditinggal Suami Berlayar, 61 Tahun Menanti Kepulangan, Akhirnya…

June 22nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa selama-lamanya. Pepatah berkenaan sudah cukup untuk menggambarkan betapa kasih sayang seorang bapa tidak kurang pentingnya berbanding seorang ibu.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar berkongsi kisah menyayat hati bapanya yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa sehinggalah membawa kepada pertemuan menyentuh hati di luar negara.

Kisah mengenai datuknya

Ahmad Izham menerusi Twitternya berkata filem Pulang yang akan ditayangkan bulan depan adalah mengenai kisah lelaki yang meninggalkan isteri, anak dan kampung halaman untuk mengembara seluruh dunia. Penantian isteri berlarutan selama 61 tahun tanpa khabar berita.

Bawa anak isteri ke Singapura, naik kapal berlepas malam

Kisah bermula apabila datuknya bernama Othman membawa isteri dan anak lelakinya (bapa Izham) ke Singapura. Katanya dia akan berlepas menaiki kapal pada malam berkenaan dan berjanji akan pulang, namun janji hanya tinggal janji.

Ayah Izham membesar tanpa kasih sayang seorang bapa kemudiannya menerima poskad yang dihantar dari New York, Sri Lanka, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi. Namun tiada balasan boleh dikirimkan kerana tidak beralamat.

Dapat biasiswa ke London

20 tahun kemudian, bapa Ahmad Izham diberikan biasiswa untuk ke London dan dimaklumkan datuknya berada di Liverpool. Bapanya kemudian berkata ‘Mak masih tunggu Abah’ yang kemudiannya membuatkan lelaki itu terkejut.

Walaupun pergi berdua dengan rakannya, si bapa boleh mengecam anaknya lalu mereka berpelukan setelah 2 dekad terpisah.

Terbang ke Liverpool cari cerita sebenar

Ahmad Izham kemudiannya ke Liverpool untuk mengetahui cerita sebenar mengenai datuknya itu. Di sana, dia bertemu dengan pengkaji Dr. Tim Bunnell dan menemukan hakikat sebenarnya. Namun, Ahmad Izham tidak mendedahkan perkara tersebut dan mahu khalayak menonton filem ini untuk mengetahuinya.

Teaser filem Pulang

Sumber: Ahmad Izham Omar, Primeworks Studios

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×