MasyaAllah! Tergugat iman abam bila tengok air yang berbuih setinggi gunung ni. Kebetulan abam punya air kegemaran teh ais. Bila tengok gambar teh ais macam tu macam nak pengsan pun ada. Wujud rupanya air teh ais yang banyak buih meleleh macam tu.
Kalau minum air tu sahaja rasanya dah kenyang perut tak payah makan pun takpe. Nak tahu tak kat mana? Abam pasti lepas ni korang serbu kedai ni. Tak percaya? Tengok gambar-gambar air minuman yang menggiurkan di bawah ni.
Meleleh beb!
Antara air yang paling popular kat sini ialah teh ais. Korang tengok la sendiri buih dia. Tak ke meleleh air liur korang?
Layan habis!
Antara yang menarik di restoran ni..
Antara air yang berbuih tangkap leleh tu. Restoran ni juga ada pelbagai pilihan makanan yang menarik. Restoran ni akan ramai gila orang pada pukul 8.30 malam hingga 11.00 malam.
Alamat: Restoran Rambo Stations, Bandar Baru Bangi
Masa Operasi: Isnin hingga Khamis (5pm/1am), Jumaat-Sabtu (5.00pm/3am), Ahad (5pm/1am)
Contact:+6013 3371848/ +6011-2326 0204
Sumber: Facebook Rambo Station