Baru sahaja senyap isu mereka bercumbuan dalam kapal terbang, timbul pula satu lagi kontroversi yang melibatkan pelawak terkemuka tanah air, Zizan Razak dengan pelakon cantik, Emma Maembong.
Artikel Berkaitan: Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma
Kontroversi terbaru ini mula menjadi buah mulut orang ramai apabila sebuah portal hiburan tempatan telah menyiarkan sebuah kiriman e-mel yang mengatakan bahawa Emma dan Zizan telah bersekedudukan.
Lebih memburukkan lagi situasi, pengirim yang mendakwa dirinya sebagai jiran kepada pelawak terkenal itu turut memberitahu bahawa perkara tersebut telah berlarutan hampir 6 bulan.
Aksi Zizan dan Emma ketika red carpet Anugerah Meletop Era
Bagaimanapun, Zizan ketika ditemui di Anugerah Meletop Era (AME) Sabtu lalu tidak menafikan bahawa Emma pernah datang ke rumahnya.
“Saya mengakui Emma memang pernah datang rumah, tetapi masa abah dan ibu saya ada. Takkan masa orang tiada dia nak datang pula. Sebab orang kenal dia, saya pun orang kenal, takkan nak buat macam itu?”
Terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan, Zizan meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan individu tersebut yang seolah-olah sengaja ingin menjatuhkannya.
“Kalau dia nak tegur saya, kenapa tak datang terus kepada saya? Kenapa nak hantar e-mel dekat wartawan? Daripada segi dia cerita macam Islamik sangatkan? Kalau betul Islamik, menegur ini biar berbisik daripada orang mendengar, ini dia menghebahkan pula, saya pun tak fahamlah.”
Zizan juga memberitahu, mustahil dia akan melakukan perkara seperti yang didakwa kerana pembantu peribadi dan abangnya turut tinggal serumah dengannya.
“Pada saya kita ada lovers kita ada haters. Bagi haters, kita buat baik, dia menyampah juga. Entah apa yang tidak kena. Jadi, sama ada saya boleh handle atau tidak perkara ni, melenting atau tidak , tahu bawa diri atau tidak.
Kalau nak suruh kami ke arah lebih serius pun janganlah buat macam ini. Doakan yang terbaik untuk kami.”