berita

Mengaku Depress Hanya ‘Salah Cakap’, Haqiem Rusli Buat Wany Hasrita & Ernie Zakri Bengang

July 4th, 2018 | by faris
Kini Trending

Penyanyi Tergantung Sepi Haqiem Rusli menjadi buah mulut netizen apabila mengumumkan kemungkinan akan bersara dari dunia nyanyian. Dia sebelum ini mendakwa mengalami kemurungan sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan itu.

Namun, video ‘pengakuan’ Haqiem mengenai apa sebenarnya yang berlaku membuatkan rakan artis bengang dengan penyanyi muda itu.

‘Depress tu mungkin saya salah cakap…’

Video temubual Haqiem , Wany Hasrita, Wany Hasrita dan Ara Johari bersama Sarancak Hotfm mendedahkan bahawa dia mungkin ‘tersalah cakap’ mengenai depres atau masalah kemurungan¬† yang didakwanya sebelum ini. Perkara itu nyata mengejutkan sehingga riak wajah Ernie kelihatan jengkel dengan pengakuan itu.

Membazir 2 jam

Ernie kemudiannya meluahkan kekecewaannya menerusi Instagram. Antaranya menyatakan dia terpaksa membazir masa 2 jam untuk rakaman tersebut. Dia turut ‘berterima kasih’ kepada pihak terlibat kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu dan merasakannya tidak profesional. Ini kerana dia seperti dipergunakan oleh Haqiem untuk memastikan rancangan gimik untuk pelancaran single terbarunya itu berjaya.

‘Saya berhak bersuara..’

Wany Hasrita terpaksa batal cuti

Turut meradang adalah Wany Hasrita yang menggelar rancangan itu sebagai bodoh dan dibuat-buat oleh ‘idola kesayangan ramai’ itu. Penglibatan mereka untuk mempromosikan lagu sehingga menyebabkan dirinya terpaksa membatalkan cuti dirasakan sesuatu yang mengarut.

Dah tahap lain untuk terbabit dengan publisiti murahan

Depression sudah hilang

Haqiem juga mendakwa kemurungan yang dialaminya sebelum ini sudah hilang. Pengakuan itu dibuat menerusi IGstorynya baru-baru ini.

Rakan artis beri komen

Sumber: Ernie Zakri , Wany Hasrita, Syazwan Ishak, 

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today