Semalam kecoh di media sosial apabila suami kepada Izreen Azminda telah menceraikan isteri pertamanya. Semua sedia maklum, pelakon itu merupakan isteri kedua kepada Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude selepas berkahwin pada Ogos lepas. Pelbagai spekulasi yang timbul selepas hal ini berlaku dan rata-ratanya menunding jari terhadap Izreen.
Walau bagaimapun, menerusi Berita Harian, Ude sendiri mengaku sudah tiada hati meneruskan hidup bersama isteri pertamanya, Intan Liana Saleh. Dia turut mengatakan tidak sanggup menipu dirinya lagi.
Perpisahan adalah jalan terbaik
Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.
Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.
Menurut Ude, dia sudah berfikir lama sebelum membuat keputusan ini. Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka, sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama.
Tidak perlu kaitkan anak saya
Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya.
Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak. Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes.
Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini. Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.
Sumber : Berita Harian