berita

Nakal Waktu Sekolah, First Time Bercinta – Ini 9 Perkara Yang Korang Takkan Boleh Lupa Dalam Hidup, Throwback Habis!

August 30th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Bila tengah duduk termenung atau borak dengan kawan, pernah tak korang tiba-tiba teringat perkara yang tak boleh lupa? Automatik korang kata “Aku pun dulu pernah kena camni.” Reaksi lepastu, sama ada korang gelak, sedih atau sebaliknya. Mengaku je lah, sebenarnya korang belum boleh move on dengan semua tu! Memori kot!

Bukan korang je, admin pun kadang-kadang teringat kenangan masa kecik, lucu ada sedih pun ada. Bagi korang pulak mungkin banyak kenangan dengan ‘buah hati’, family atau orang tersayang kan? Jujurnya, kenangan-kenangan tu semua kita akan ingat sampai bila-bila sebab kita membesar dengannya! Perasan tak?

Jom imbau balik beberapa perkara yang korang susah nak lupa dan masih terngiang-ngiang dalam kepala sampai sekarang. Kita throwback sikit!

1. First time pandangan pertama dengan kekasih. Wuu!

Siapa boleh lupa masa mula-mula jumpa dengan boyfriend atau girlfriend diorang, sweet habis kot. Acah-acah buku terjatuh, jeling masa kat kaunter bayaran dan jumpa bila lepak dengan member, terus tangkap cintun! Sedar tak sedar, entah-entah sekarang dah jadi isteri atau suami korang kan? Tahniah! Janji untuk sayang diorang sampai bila-bila okay!

2. Beli kereta, rumah, tanah – Kumpul aset dari mula kerja!

Siapa yang baru start kerja, memang tau macam mana payah nak cari duit, kumpul aset dan survive sorang-sorang demi melangsungi kehidupan seterusnya. Ingat senang ke kumpul duit deposit rumah? Kerja siang malam, buat overtime, dua kerja waktu weekend pulak. Fuh, sampai kurang rehat jadinya!

Tak sempat kumpul terus ada pulak member call nak pinjam duit, habis dikikis kawan sorang tu! Bila ajak lepak member tolak, terus kena cop ‘lupa kawan’. Korang tak rasa, entah-entah diorang ada saving plan dari membazir benda tak berfaedah.. Maka, bila dah berjaya kumpul harta, hargailah dan manfaatkan sebaiknya ya!

3. Tarikh anniversary kahwin! Suami atau isteri mana yang lupa memang nak kena ‘cincang’!

Kahwin sekali seumur hidup (atau lebih bagi korang yang berhasrat nak kahwin lebih daripada 1, hehehe), jadi takkan lah tarikh penting macam tu korang boleh lupa? Pada tarikh tu lah, korang jadi raja sehari sebab boleh naik pelamin, pakai cantik-cantik, makan sedap-sedap, hehehe! Mark dalam kalendar kalau lupa lah!

4. Moment dan detik indah, pahit manis sepanjang kahwin. Sweet habis!

Bagi korang yang dah kahwin, berapa lama korang dah melayari bahtera rumahtangga? Best tak? Mesti banyak detik-detik dan kenangan indah korang share sama-sama kan? Contohnya, buat surprise masa birthday, hadiah paling grand korang bagi kat suami atau isteri korang, nak tunjuk sayang punya pasal kan?

Kalau dah kahwin, gaduh, perang mulut, merajuk dan masam muka tu memang perkara biasa. Tapi, jangan lah lama-lama ya, tak elok. Teliti balik tengok siapa salah dan cuba untuk mengalah. Ingat dan masing-masing jadikan itu pengajaran!

5. Hilang kereta, kucing atau orang tersayang dan macam-macam lagi. Memang sedih!

Cakap dengan admin, siapa tak sedih bila hilang sesuatu yang paling kita sayang? Penat kita kumpul duit beli kereta dan bayar bulan-bulan, bila turun parking tengok kereta takde! Mintak-mintak kita semua dijauhkan!

Setiap yang datang pasti akan kembali kepada-Nya, jadi sebagai manusia kita kena redha akan pemergiannya. Tak baik kita meratapi pemergian mereka, sebaiknya doakan kebahagian mereka di alam sana kelak!

6. Kenangan paling tak boleh orang lelaki lupa, berkhatan masa kecik!

Jadi lelaki pun kena kuat tau, waktu kecik-kecik kena khatan demi tuntutan agama dan kebersihan diri. Kalau ingat balik, mesti lucu habis terkenangkan keletah dan perangai pelik korang waktu pantang. Nak pergi bilik air susah, makan kena jaga, tengok tv memanjang, kawan ajak pergi main tapi takboleh, kena duduk rumah! Bila dah sembuh, makin nakal kan korang!

7. Terbabit kemalangan atau kecederaan teruk, kena operate pulak tu. Ngeri dengar!

Admin dulu pernah terbabit kemalangan sampai kena operate masuk besi kat kaki. Siapa pernah mengalami jugak mesti trauma dan takut-takut nak naik motor kan? Apa-apa pun, bila korang terbabit kemalangan atau kecederaan, memang ngeri nampak darah. Kalau boleh, taknak ulang kesilapan dan kelalaian lagi lepas ni!

8. Zaman nakal waktu kat sekolah dulu. Selalu kena rotan dengan cikgu!

Mengaku je lah, korang pernah nakal masa sekolah dulu. Siapa je yang acah-acah innocent? Korang la muka bila kena junjung dan berdiri atas kerusi kalau tak siap kerja sekolah kan? Ada yang lagi nakal, tak suka subjek atau cikgu tu, sanggup ponteng kelas nyorok belakang dewan sambil makan keropok lekor dengan member! Sekali kantoi daa…

Apa lagi perangai nakal korang huh? Lucu habis kalau ingat balik kan?

9. Paling orang perempuan tak boleh lupa, pengalaman bersalin. Fuh!

Allah jadikan lelaki dan perempuan dengan kekuatan masing-masing. Jadi, dua-duanya special. Tapi, hanya perempuan boleh lalui pengalaman melahirkan anak. Siapa ada tengok video bersalin sama ada normal atau melalui pembedahan, memang ngeri. Tapi, bagi perempuan ia adalah pengalaman paling berharga tau!

Duduk dalam labour room, tahan sakit, meneran, tengok perut kena belah, fuhhh meremang bulu roma beb. Maka, sayangi isteri dan anak masing-masing serta layan sebaiknya ya!

Ada satu perkara yang korang tak boleh lupa, apa dia?

Selain 9 perkara kat atas, satu lagi korang tak boleh lupa iaitu sejarah Malaysia! Jangan la duduk Malaysia je tapi satu sejarah tentang negara kelahiran pun korang tak ingat. Bukan apa, sebagai rakyat Malaysia, pengetahuan am tu penting untuk diri sendiri, baru lah namanya sayangkan negara! Malah, korang boleh share dengan anak cucu korang nanti!

Nak tau apa perkara bersejarah jadi kat Malaysia pada tahun kelahiran korang? Jom main apps Media Prima ni!

Haa, sekarang dah tau kan? Make sure ingat dan share kat laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram korang tau! Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×