Beberapa jam lepas bencana dahsyat berlaku di Aceh, dunia dikejutkan lagi dengan berita nahas kapal terbang Pakistan International Airlines terhempas ketika dalam perjalan ke Islamabad. Baru hari tu kapal terbang yang bawa pasukan kelab Brazil terhempas, semalam jadi lagi.. Haihh takutnya.
Kemalangan tu telah meragut sebanyak 48 nyawa termasuklah bekas penyanyi terkenal Pakistan, Junaid Jamshed. Junaid Jamshed terkorban bersama ahli keluarganya. Nama Junaid Jamshed telah jadi trending di Twitter semalam selepas berita sedih tu dilaporkan. Tapi siapakah sebenarnya Junaid Jamshed ni?
Pernah jadi fenomena waktu dulu
Junaid Jamshed berumur 52 tahun. Dia dahulunya (1978) seorang penyanyi/vokalis pop terkenal di Pakistan dan mempunyai sebuah band bernama Vital Signs. Band ni kiranya dulu pernah jadi fenomena di sana. Walaupun selepas itu Jamshed bergerak solo, popularitinya semakin naik.
Pada 2004, Jamshed ambil keputusan untuk bersara dari bidang nyanyian dan fokus untuk belajar agama Islam dengan lebih mendalam. Jamshed juga pernah dianugerahkan Medal of Excellence dari Presiden Pakistan.
Seorang yang berbakat
Selain daripada menyanyi, Jamshed juga merupakan seorang TV personaliti, fashion designer, pelakon dan juga penulis lirik lagu. Junaid mempunyai kelulusan degree dalam bidang kejuruteraan dari University of Engineering and Technology (Lahore). Sebelum menceburi bidang nyanyian, Jamshed pernah bekerja sebagai kontraktor dan jurutera untuk Pakistan Air Force.
Jamshed mempamerkan kehebatan suaranya di beberapa kampus sehingga lah dia ditemui oleh penyanyi pop Rohail Hyatt pada 1983.
Seorang yang berpengaruh
Jamshed telah tersenarai salah seorang daripada 500 ‘Orang Muslim Paling Berpengaruh Dalam Dunia’, ini kerana Jamshed sangat aktif dalam kerja amal, terutamanya dengan NGO Muslim Charity sejak tahun 2003.
Pernah timbukan kontroversi
Pada 2014, pengacara TV Aamir Liaquat mendakwa ketika rancangan bual bicara, Jamshed telah melakukan sesuatu yang kufur.
Menurut laporan The Economist pula, Jamshed pernah “tidak dibenarkan kembali ke Pakistan selepas selepas dituduh mengejek salah seorang isteri Nabi di kenyataan lembaran iklan mengenai kelemahan wanita.”
Selepas beberapa siri kontroversi, Jamshed telah membuat kenyataan di laman rasmi Facebook dan meminta maaf atas segala kesilapan sehingga menyebabkan orang ramai terasa.
Sumber: Birmingham Mail