Kes kejam ini telah berlaku di Tokyo, Jepun dimana seorang lelaki bernama Takahiro Shiraishi telah membunuh seramai 9 orang di apartment tempat didudukinya. Shiraishi dipercaya berkenalan dan menghubungi semua mangsa di sosial media. Selepas bunuh, Shiraishi mencincang badan mayat. Kejamnya!
Bunuh 9 orang, berkenalan di Twitter
Shiraishi ditahan pihak polis
Seorang lelaki telah mengaku bahawa dia sudah membunuh seramai 9 orang, dimana semua mangsa berkenalan melalui Twitter. Takahiro Shiraishi, 27, berkata dia telah berjumpa 8 orang wanita dan seorang lelaki selepas mereka menghubungi antara satu sama lain di sosial media.
Kesemua mangsa telah menyatakan niat untuk membunuh diri dan Shiraishi akan memujuk mereka supaya untuk datang ke apartment dengan tawaran bantuan untuk mati.
Ketika pihak polis di Tokyo (Jepun) menyiasat kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun, mereka menemui ‘Rumah yang amat seram’ yang didiami oleh Shiraishi. Badan mayat-mayat telah dicincang dan disimpan dalam tempat penyejuk berasingan.
Potong bahagian badan guna gergaji
Polis di tempat kejadian
Shriashi dilaporkan mengaku dan memberitahu polis bahawa pembunuhan dilakukannya itu didorang oleh perlakuan rogol dan juga faktor wang. Dia mencuri sekitar 500, 000 yen dari salah seorang mangsa. Polis temui sebanyak 240 tulang dari apartment Shriashi.
Shriashi juga berkata;
Saya tidak boleh membuang mayat macam tu sahaja, kerana takut saya akan ditangkap.
Katanya, bahagian badan mayat-mayat itu telah dipotong menggunakan gergaji dan diletakkan dalam bilik mandi. Kes pembunuhan ini deprcayai terjadi pada bulan Ogos dan September yang lalu. Kes kejam ini mula diketahui apabila soerang wanita berusia 23 tahun dilaporkan hilang.
Jiran bau pelik di apartment pembunuh
Kawasan apartment tempat pembunuh
Selepas melaporkan kehilangannya, abang kepada mangsa mula menyiasat di sosial media milik adiknya. Selepas itu dia mendapati bahawa adiknya telah meninggalkan mesej di Twitter seperti ini;
Mahu mati, tetapi takut mati bersendirian.
Kelibat Shiraishi telah ditemui dalam CCTV, dia berjalan berdekatan tempat tinggalnya bersama wanita yang hilang itu. Kini Shiraishi ditahan oleh pihak polis kerana disyaki menyimpan satu lagi mayat. Bahagaian badan termasuk sekurang-kurangnya dua kepala terputus. Jiran berkata dia bau sesuatu yang aneh dari apartment Shiraishi pada bulan Ogos lepas.
Saya rasa bau itu seperti bahan kumbahan. Sesuatu yang belum pernah bau selama ini.
Sumber: Daily Mirror