Festival Filem Malaysia (FFM) akan berlangsung pada 2 hingga 5 September nanti dan calon-calon bagi setiap kategori sudahpun diketahui. Namun belum lagi berlangsung FFM27, pelakon Que Haidar tiba-tiba luah rasa tak puas hati dalam dua kategori pencalonan anugerah itu.
Melalui laman twitternya, Que Haidar yang tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik itu menyifatkan FFM27 ini seperti “Kids Choice Award”. Dia juga ada melontarkan kata-kata sinis terhadap sistem penjurian calon untuk anugerah tersebut. Hmmm, apa yang buatkan Que Haidar betul-betul naik angin sampai Ahmad Idham pun bengang juga ni?
Tak Faham Kenapa Ophilia Tak Tercalon..Tak Masuk Akal
Dah Macam Anugerah “Kids Choice Award”
Rupa-rupanya dia bengang kenapa filem Ophilia tak tercalon dalam dua katergori tu, tweet tersebut mendapat respon daripada salah seorang penerbit dan menyatakan ia merupakan rezeki masing-masing dan ini respon Que Haidar
Sampai Bila Nak Bagi Alasan Rezeki Masing2..Jadi Macam Anugerah “Taste Aku”
Dalam pada itu, Bront Palarae juga ada memberi respon dan pendapatnya mengenai sistem penjurian tersebut.
Bab Penjurian Always About Taste & Sentimen
Lepas mereka habis berbincang mengenai sistem penjurian tersebut, tiba-tiba Ahmad Idham pula bagi respon dan pendapatnya yang agak sarkastik
Sang Juri Ramai Kuat Melatah Tu..
Selain itu, Ahmad Idham juga menyatakan bahawa dia meragui tahap intelektual penjurian tempatan melalui Instagramnya
Memang Dari Dulu Saya Meragui Tahap Intelectual Juri Festival Tempatan
Hrmm, sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam dunia perfileman, ada betul juga yang dikatakan Ahmad Idham mengenai filem Ophilia yang mengisahkan tiga orang sahabat mengamalkan gaya hidup Skinhead ini.
Jadi, kalau korang sebagai penonton nak dapatkan kepastian tentang filem ini. Kami kongsikan di bawah trailer filem tersebut. Enjoy!