Bukan semua orang akan menerima nasib yang sama. Ada yang dilahirkan kaya-raya dan ada juga yang terpaksa hidup susah kerana dugaan kehidupan.
Tergerak hati kami untuk kongsikan dengan anda semua kisah seroang remaja lelaki, berusia 14 tahun terpaksa berhenti sekolah dan menjual kuih yang kini menjadi viral di laman sosial.
Kisah Sedih Adik Adam, Si Penjual Kuih
Tak sangka biasa baca kat Fb je tapi harini depan mata.Tadi masa lepak dekat kedai en suami kat Tun Perak tetiba nampak seorang budak lelaki bawak beg kain. And then tetiba en suami panggil.
Dia tanya bawak apa dik ? “Jual kuih abg”. Aku pon ape lagi suruh budak tu datang dekatla al maklum nak mencari kunyah kunyah.
Aku tanya adik tu “Duduk mana dik? “Blok 5, kak” jawab budak tu. “Ooo..sape buat kuih ni, mak ke?” tanya aku.
Budak tu jawab “Karipap kakak saya buat, Apam ni saya buat” budak tu jawab. “ha? kamu buat? umur kamu berapa? tak sekolah ke?” “saya 14tahun, lama dah tak sekolah”
Disebabkan aku ni teruja nak tau maka aku pon teruskan pertanyaan. “Rajin adik niaga, Lama dah ke tak sekolah? (serba salah gak nak tanya. Buzy body pulak) “Lama dah kak sejak adik sakit” jawab budak tu. “Adik sakit? sakit apa? “Adik saya sakit stroke, jadi duit tak cukup untuk sekolah.” (dalam hati aku, Ya Allah besar ujian budak ni)
Aku pun tak nak jadi buzy body sangat so aku beli kuih die and ambik alamat dia. Mana taw boleh buat pahala lebih. tapi serius kuih die memang terbaik.Aku sendiri nak buat kuih apam buka google ni budak 14 tahun siap boleh jual.
Malu rasa. Moga Allah bersamamu wahai adik. Sempat gak curi snap pic die..Lupa nama die..tak silap Adam namanye.
Apalah Nasibmu Duhai Anak…
Kepada sesiapa yang ingin membantu, mungkin boleh hubungi Facebook Muzaiba Hasan. Bak kata pepatah “tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”. InsyaAllah
Sumber : FB Muzaiba Hasan