Pada 17 April lalu suami kepada pelakon, Serina Redzuawan telah memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak). Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijjal Abu Bakar yang mewakili Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran yang telah dilakukan oleh pelakon wanita itu.
Serina telah melanggar perenggan lapan perintah?
Pelakon dan juga anak kepasa Chef Wan, Serina bakal berdepan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh telah memfailkan notis tunjuk sebab mengenai pelanggaran perintah persetujuan bersama. Gavin atau nama Islam, Salahudin Ghaffar memfailkan permohonan sebelah pihak pada 17 April lalu.
Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin berhujah;
Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.
Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail.
Menurutnya, Serina didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, bekas suami (Gavin) serta anak-anak.
Sumber: Astro Awani