Sebagai seorang wanita, saya rasa saya amat memahami situasi yang dialami oleh penyanyi terkemuka Malaysia ni. Memang makan dalam!
Mana taknya, jika badan mulai berisi, ada sahaja mulut-mulut berbisa akan ‘sound’. Tapi, bila badan susut semua buat tak reti je. Betul tak?
Ha.. apatah lagi bila situasi ini berlaku pada Shila Amzah yang kini bukan sahaja memiliki peminat di Malaysia, tapi juga mulai mendapat perhatian masyarakat China.
Mungkin dek kerana rasa annoying dengan komen-komen mengenai bentuk badannya yang sedikit berisi daripada dahulu, Shila bagai memberi kata-kata semangat kepada dirinya sendiri.
Namun, ramai juga peminatnya yang menasihatkan Shila agar tidak mengendahkan kata-kata sinis itu seterusnya memberi fokus kepada konsertnya yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Secara umumnya, mungkin ramai yang merasakan bahawa seseorang selebriti itu mesti mempunyai paras rupa yang cantik dan figura yang menggiurkan.
Namun, rasanya bagi selebriti yang mempunyai bakat besar seperti Shila, semua itu boleh diketepikan kot? Lagipun, bagi kami janji Shila mempunyai kesihatan yang baik, itupun sudah lebih daripada mencukupi. Betul tak?
Kredit foto: Instagram Shila Amzah