Sejak kebelakangan ini isu Stacy ingin memeluk agama Islam makin rancak diperkatakan. Isu ini bermula bila kekasih hati, Akim mengeluarkan kenyataan mengatakan Stacy sudah ke arah untuk memeluk agama Islam.
Tetapi Stacy menjelaskan perkara itu sebenarnya tidak betul sama sekali dan sesetengah pihak salah faham mengenai statement Akim tu. Eh macam mana pula tu ya?
“Saya tidak gembira dan terkilan…”
Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya, tapi keluarga juga.
Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius.
Lebih baik kunci mulut
Sebab itu ada baiknya jika saya atau Akim tidak jawab apa-apa lagi mengenai hubungan kami. Cukuplah orang sudah tahu kami berkawan dan hal-hal lain biarlah kami simpan dulu.
Apapun perkembangan hubungan kami selepas ini tidak kiralah soal saya akan memeluk Islam atau berkahwin pun, rasanya kami tidak mahu hebahkan lagi sebab bimbang timbul kekeliruan begini.
Sumber: myMetro