Kira-kira tiga tahun lalu, kisah perceraian Zul Huzaimy dan bekas isterinya, Nor Dalilah Muhammad menjadi isu utama di dada-dada akhbar.
Mana taknya, pada ketika itu timbul spekulasi mengatakan bahawa Zul sanggup menceraikan isterinya hanya kerana tergila-gilakan seorang wanita di laman sosial Facebook.
Pernah mengakui bahawa dirinya sunyi selepas berpisah, terkini OHBULAN! menerima dua keping foto pelakon kacak itu bersama seorang wanita yang dipercayai teman istimewanya.
Foto yang dimuat naik oleh Zul Huzaimy
Menerusi laman Instagram milik Zul, pelakon tersebut juga dilihat turut berkongsi foto bersama wanita itu dan secara terang-terangan membahasakan wanita itu dengan panggilan sayang.
Seperti biasa, pastinya akan timbul gosip bila sudah bergelar artis, kan? Namun, apa yang tak sedap didengar apabila sumber-sumber terapat OHBULAN! memberitahu bahawa wanita berusia 28 tahun itu khabarnya masih berstatus isteri orang.
Dua keping foto Zul Huzaimy bersama teman wanitanya yang didakwa masih berstatus isteri orang
Sumber turut memaklumkan wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga merupakan seorang pelakon bagi sebuah drama terbitan produksi swasta.
Dan sehingga kini, kami masih gagal menghubungi pihak Zul Huzaimy. Rasanya lebih elok sekiranya Zul sendiri yang tampil untuk membuat penjelasan mengenai hubungannya dan status sebenar wanita cantik itu.
Baguslah jika Zul sudah jumpa dengan pengganti dan pengisi hati, harapnya isu yang timbul ini hanya khabar angin semata-mata.