Setiap wanita yang bergelar ibu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza ketika melahirkan cahaya. Tak dapat digambarkan kesakitan yang ditanggung oleh mereka.
Begitulah yang dilalui oleh wanita ini yang berdepan detik cemas ketika melahirkan zuriatnya. Lebih menyedihkan apabila mengetahui itu adalah kelahiran pertama dan terakhirnya.
Air ketuban masuk ke saluran darah
Kisah sayu itu dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Szry Ertyqa. Wanita ini menjelaskan saat bayi dilahirkan, air ketuban termasuk sedikit ke dalam saluran darah sehingga mengalami beberapa komplikasi. Jelasnya lagi, pada awalnya dia telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.
Pertama kali sedar di Hospital Serdang, ingatkan kena langgar lori ke sebab teruk sangat rupa.
Selepas selesai pembedahan, dia dibawa ke Hospital Tengku Azizah. Jika dilihat daripada video yang dikongsikan, kedua-dua belah tangannya mengalami bengkak dan lebam, perutnya terdapat kesan jahitan selain terdapat parut di lehernya.
Sebelum doktor beritahu rahim dan dibuang, memang dah dapat agak pun. Sebab takkan bersalin seteruk macam ni. Bangun tengok perut kesan czer melintang dan panjang menegak ke atas pusat.
Jelas wanita ini lagi, kedua-dua belah tangannya telah dicucuk untuk dimasukkan darah tetapi disebabkan tangannya sudah lebam, darah tidak dapat masuk. Jadi doktor terpaksa menebuk lehernya.
Kelahiran pertama dan terakhir
@ellysshafatiemahKelahiran pertama dan terakhir?~ ##wanitatanparahim ##peluangkedua ##babygurl ##pertamakali? Terdiam Sepi – Nazia Marwiana
@ellysshafatiemahTq @nuramanda85 orang pertama sedar kehilangan ak???..Full story dekat page saya. ##wanitatanparahim ##peluangke2 ##icu ##aicu ##cicu? Izinkan – Thomas Arya & Iqa Nizam
Rancang nak buat IVF tahun depan
Sumber: Szry Ertyqa