Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki mencabul seorang remaja perempuan bawah umur dalam tandas sebuah sekolah di Indonesia.
Bukan sekali tapi dah 4 kali terjadi
Memetik laporan Regional Kompas, suspek yang berusia 19 tahun itu sudah melakukan perbuatan terkutuk tersebut sebanyak lima kali iaitu sejak bulan Mac 2023 hingga April 2024 lalu.
Namun tindakan tersebut baru terbongkar selepas pihak sekolah melaporkan kepada keluarga mangsa berhubung kejadian yang berlaku di tandas itu.
Susulan daripada itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis atas dakwaan mencabul. Menurut sumber, suspek dan mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah itu mengenali antara satu sama lain.
Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Regional Kompas