Korang ada bisnes jual pakaian bergaya, hijab atau tudung, dan aksesori? Kalau ye, inilah peluang keemasan untuk menang hadiah wang tunai keseluruhan RM60,000, iaitu RM20,000 setiap seorang untuk tiga Pemenang Hadiah Utama Pertandingan “Gayamu, Caramu – Jual di Lazada” dari 7 Disember 2022 sehingga 28 Februari 2023.
Malah, kalau korang mendaftar untuk jadi penjual di Lazada dan mula jual pakaian, kasut serta aksesori untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, kemudian cepat cepat sertai pertandingan ini, pelbagai insentif menarik yang boleh diperolehi daripada Lazada. Nak tahu macam mana korang boleh sertai pertandingan ini dan apa kriteria kelayakan penyertaan? Artikel ini ada perkongsiannya.
Hadiah Lumayan Untuk Usahawan Jual Pakaian yang Bijak Majukan Bisnes Dalam Talian!
Pertandingan “Gayamu, Caramu – Jual di Lazada” ini memang khas untuk menggalakkan dan memperkasakan peniaga individu warga Malaysia, mahupun Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan yang berniaga produk pakaian, hijab atau tudung, kasut dan aksesori trend terkini untuk pelanggan wanita, lelaki dan kanak-kanak supaya berani melangkah ke platform eDagang dan mara memulakan kedai dalam talian mereka di Lazada, lantas menjangkau jutaan pelanggan di Malaysia serta rantau Asia.
3 Pemenang Hadiah Utama akan dipilih oleh Lazada di kalangan penjual baharu yang menyertai pertandingan tersebut dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. 3 penjual baharu bertuah yang tu bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap seorang, iaitu RM60,000 keseluruhan!
Pelbagai insentif menarik untuk peniaga baharu!
Selain hadiah wang tunai, setiap peserta Pertandingan “Gayamu, Caramu” juga akan menerima pelbagai insentif menarik antaranya:
1. Kredit Lazada Sponsored Solution (LSS) bernilai RM1,000
2. Subsidi selama sebulan untuk Program Penghantaran Percuma Maksima
3. Kredit iklan bernilai RM150
4. Pendedahan dan anjakan trafik eksklusif bagi penjual baharu
5. Akses percuma selama sebulan untuk menggunakan perkakasan Customer Engagement Management (CEM) dan bantuan memuat naik produk baharu dan juga akses kepada sumber dan bimbingan daripada Lazada University, serta banyak lagi.
Pertandingan “Gayamu, Caramu- Jual di Lazada” akan berlangsung sehingga 28 Februari 2023.
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom daftar untuk jadi penjual pakaian fesyen bergaya dan aksesori trendy kat Lazada. Mana tahu, korang bakal terpilih jadi salah seorang Pemenang Hadiah Utama yang lumayan tu!.
Jom layari laman web Pertandingan “Gayamu, Caramu – Jual di Lazada. Boleh jugak tengok e-brochure dan video untuk ketahui lebih lanjut. Cepat, sertai pertandingan ini tau dan jangan lupa bagi tahu ahli keluarga dan kawan-kawan yang berminda niaga untuk rebut peluang keemasan ini.