Setelah sekian lama ‘menghilangkan’ diri dari dunia hiburan, pelawak dan pelakon, Enot tampil memuat naik hantaran di media sosial seolah-olah menujukan kepada seorang teman lamanya. Alamak, siapa pula tu?
Artikel Berkaitan: Enot Minta Bantuan Kewangan Jadi Pertikaian, Netizen ‘Back Up’ Tak Semua Artis Kaya
‘Tak suka bergaduh & bermusuh’
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Enot atau nama sebenarnya Aliza Binti Abdullah, 44, menyatakan bahawa dia tidak mahu memperbesarkan isu mengenai dirinya yang sedang hangat diperkatakan kerana tidak mahu bermusuh dengan sesiapa.
Bercakaplah selagi kau mampu bercakap, dan aku berdiam selagi aku mampu berdiam.
Satu aib aku kau buka, insya-Allah 10 aib kau akan terbuka. Aku malas nak cakap benda yang aku dah simpan dah kunci elok dan sebab aku tak suka nak bergaduh dan bermusuh.
Sungguh pun begitu, Enot menegaskan tindakannya untuk berdiam diri bukan bermaksud dia berada di pihak yang tidak benar.
Sebab tu aku pilih diam! Tapi ayat-ayat kau menampakkan kau seorang je yang betul. Salah tu gali lagi-lagi dalam apa yang kau buat kat aku sampai aku jauh hati macam ni??
Terdahulu, Enot menjadi bualan ramai apabila tularnya beberapa video mesra dirinya bersama seorang wanita berperwatakan lelaki di media sosial.
Sumber: TikTok