“Yeayy, dah hari Jumaat! Esok dah weekend. Bestnyaa!” Untuk yang bekerja tu, mesti hujung minggu lah hari yang paling korang tunggu kan. Yelah, dah 5 hari penat bekerja, masa hujung minggu ni lah nak relax, chill dan catch-up dengan kawan-kawan dan famili kan.
Ada macam-macam cara orang habiskan cuti hujung minggu. Ada yang suka tidur dan lepak dekat rumah je, ada yang suka lepak sambil dengar live band, ada yang nak makan je 24 jam, ada pulak yang jenis kaki shopping. Korang pulak jenis yang macam mana?
Korang nak tak kalau kami bagitahu satu tempat best yang korang boleh buat semua aktiviti kat atas ni! Nak tahu kat mana??
Jom ramai-ramai serang RIUH!
Event yang kitorang maksudkan tu adalah RIUH! Haa..kalau korang nak tahu, RIUH ni merupakan satu event ataupun platform kreatif yang akan diadakan pada hujung minggu setiap bulan.
Untuk pertama kalinya, RIUH akan diadakan pada 19 dan 20 Ogos ini di APW, Jalan Riong, Bangsar dan akan berterusan diadakan pada hujung minggu setiap bulan. So, takde masalah lah untuk korang yang bekerja tu.
Apa yang best dekat RIUH ni?
RIUH ni memang tak sama macam bazaar yang selalu ada tu, sebab macam-macam ada kat sana!
Dahlah meriah dengan pop-up stores dan stall makanan, pilihan makan kat sana pulak semuanya unik dan menarik. Contohnya, Nasi Lemak Burger Agak Agak Riuh ni. Dengar nama pun dah unik kan!
Nasi Lemak Burger Agak Agak Riuh ni dilengkapi dengan ayam berempah, sambal, telur mata, nasi lemak dan diapit dengan roti bun gebu. Memang sesuai sangat dengan tekak dan lidah orang Malaysia!
Untuk pengetahuan korang, Nasi Lemak Burger Agak Agak Riuh ni merupakan kolaborasi ekslusif antara RIUH dan Agak Agak (@agakagak_)
Selain pop-up stores dan stall makanan, ada juga bengkel kreatif, pameran dan persembahan secara langsung tau! Cool!
Untuk yang bawa anak tu, boleh suruh anak korang join kelas seni di dalam bengkel kreatif. Bukan itu je, kelas fotografi dan kerja kayu pun ada untuk korang join.
Untuk 19 dan 20 Ogos ni, akan ada kelas melukis dengan Sharina Sharin, string art workshop bersama Biji Biji Initiative dan floral arrangement dengan Flora by Liz. Kalau berminat, korang boleh sign up di riuh.com.my.
Yang lagi best, ada pelbagai persembahan live seperti seni persembahan jalanan, buskers dan siap ada DJ lagi! Inilah idea dan kelainan yang RIUH nak bawa ke KL dimana, setiap bulan juga akan diadakan content kreatif yang berbeza dan menarik.
Jadi, korang kenalah follow @riuhinthecity di Instagram dan like Riuhinthecity di Facebook untuk selalu update dengan aktiviti-aktiviti RIUH.
Masuk PERCUMA!
Ohh ya! Untuk pengetahuan korang, masuk adalah PERCUMA tau. Yahoo!
Senang cakap, RIUH ni memang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur! Memang rugilah kalau korang tak datang ke RIUH ni.
Korang jugak boleh guna promo GRAB dengan memasukkan kod “GRABRIUH” dan dapatkan diskaun RM8 untuk perjalanan korang!
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal RIUH ni, klik Facebook Riuhinthecity, Instagram @riuhinthecity atau layari riuh.com.my.
Jumpa di sana!