Penyakit kanser merupakan antara penyakit kronik yang paling digeruni didalam dunia perubatan. Punca utama penyakit kanser masih belum diketahui secara tepat oleh pakar. Kebanyakkan pesakit kanser tidak mengalami simptom lebih awal untuk mencegahnya.
Namun, bukan semua penyakit kanser tidak dapat diubati. Pengalaman dari wanita ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat penghidap kanser. Bermula dengan semangat, wanita ini berjaya mengharungi detik pembedahan kanser payudara.
Tangan dari bahu rasa sengal
Kronologi peristiwa – Bagaimana aku disahkan menghidapi kanser.
Genap arini setahun kemoterapi terakhir (8/11/16 – 8/11/17)
Oktober 2015 :
Perasan ada ketulan sebesar guli di breast kanan. Tapi diamkan diri x bgtau sesiapa pun. Sebab x rasa sakit langsung. Hehe rahsia.
November 2015 :
Tangan dari paras bahu hingga ke lengan dah mula terasa sengal2. Tapi bukan pada setiap masa. Waktu ni dah mula bgtau semua ahli keluarga. Tapi masih x ke klinik atau hospital. Hahahaha sebab kurang pengetahuan bab2 kesihatan.
Disember 2015 :
Tidur malam mula terganggu dan tersedar jam 2 pagi. Tangan terasa AMAT BISA seperti dilenyek treler
Ketulan sebiji guli bertukar ping pong
Januari 2016 :
Sekali lagi tidur terganggu. Sakit + bisa + berdenyut2 hanya Allah yg tahu. Airmata x segan silu mengalir. Nekad ke kecemasan, dan doktor HSA mengatakan “ooo saraf awak terhimpit, saya beri awak vitamin saraf ye”. Sebulan berlalu x mendatangkan hasil yang memuaskan. Maka……
Bermulalah kini sesi FISIOTERAPI setiap 2 minggu sekali utk ‘betulkan’ saraf yang terhimpit tuselama 6 sesi.
Februari 2016 :
Masih setia dgn fisioterapi dan makan vitaman saraf. Dalam pada tu ada buat pemeriksaan saraf guna mesin. Tapi lupa dah nama alat tu kihkihkih.
Mac 2016 :
Ketulan yang asalnya sebiji guli tadi dah membesar jadi bola ping pong. Alamak. Masa ni dah mula rasa sakit kat breast bila terlanggar sikit pun. Kebetulan ada ziarah kawan kat KPJ, so dia la yang paksa diri ini utk rujuk doktor dengan segera.
* Sambungan cerita sila klik gambar. TQ.
Kehadiran ketulan di payudara kanan
30 April 2016 :
Merajuk dengan hospital kerajaan sebab x habis2 suruh buat fisio dan beri vitamin saraf aku terus ke hospital bukan kerajaan untuk buat ultrasound hehehe. Ternyata ketulan aku jenis solid dan perlu dibuang serta diuji. Lalu aku dirujuk ke pakar bedah. Kebetulan pula masa tu doktor bedah ada kecemasan so x dapat la jumpa dia hari tu, dah la hari Sabtu. Adehhh.
Ok xpe aku terus deal dengan nurse dan bgtau yg kami akan datang semula pada 3 Mei memandangkan 1 dan 2 Mei adalah cuti hari pekerja.
*gambar atas sekali tu menunjukkan breast kiri yang normal. Gambar tengah menunjukkan kehadiran ketulan di breast kanan dan gambar terakhir menunjukkan anggaran saiz ketulan.
Minta dibedah terus
3 Mei 2016
9 pagi kami bertolak ke hospital utk temujanji dengan pakar bedah. Segala perbincangan dan penerangan Doc Lee tentang pembedahan berjalan lancar. Dan aku minta untuk dibedah pada hari itu juga. Kelihatan Doc Lee agak terkejut “tak ada orang yang datang jumpa saya menyerah diri macam awak, bagus awak seorang yang sangat berani”. Hehe kembang jugalah hati ni bila dipuji. Yelakan kalau minggu depan atau 2 minggu sekalipun aku tetap juga kena bedah. Baik buat terus.
Mulanya memang doktor x berapa setuju, tapi bila dah bgtau yg beg baju dan suami dah siap2 mohon cuti so Doc akur. Weee.
Selamat buang ketulan payudara
4 Mei 2016
Hari ke 2 dalam wad. Alhamdulillah berpeluang merasai nikmat kesakitan. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa2 kecil. Syukur semuanya berjalan lancar dan dimudahkan ALLAH. Aku selamat dalam pembedahan buang ketulan di breast kanan pada jam 650 petang pada hari sama semalam.
3 hari 2 malam di dalam wad, kami buat seperti percutian keluarga. Anak beranak tidur sekali. Tq semua sebab su Jumpa doktor untuk rawatan susulan dan dressing.
18 Mei 2016 : Bermulalah episod baru dalam kehidupan. Ye perubahan 100% yang mendadak. Pagi2 dah sampai hospital dengan semangat yang berkobar2 utk dapatkan keputusan. Walau apapun jua keputusan tetap kena terima, tetap kena redha.
Nama dipanggil oleh nurse yang manis, Doc persilakan kami duduk, bertanyakan khabar macam biasa. Ada riak serba salah di wajahnya sambil menunduk memandang fail. Aku mulakan bicara, macam mana Doc keputusan saya. Adakah ia baik atau tidak. Doc senyum tawar dan sebelum tu minta maaf pada kami. Katanya ketulan yang dibuang itu keputusannya adalah tidak baik, suaranya semakin perlahan aku rasakan. Doc tenung aku dan sahkan aku kena kanser. “ALLAHUAKBAR, alhamdulillah. Inilah saya Doc, 2 minggu saya tunggu keputusan ni” kataku tersenyum sambil toleh suami dan nurse di sisi. Suami masih tergamam dengan kata2 Doc apatah lagi melihat aku seolah2 seronok. Dalam x sedar dia menangis. Ye dia menangis dulu sebelum aku. Mana tahan tengok air mata mahal sang suami mengalir. Maka aku pun menangis semahunya. Huwaaaaa. Tiba2 nurse lari keluar bilik sbb dia x tahan tengok drama air mata berjemaah kami. Kihkihkih.
Selesai sesi perbincangan aku minta dipindahkan ke KPJ yang lebih dekat dengan rumah. Doc Lee sangat pro, diberinya no tel utk kami hubungi bila2 masa. Terima kasih banyak2 Doc, jasamu dikenang sepanjang hayat.
Kami terus ke KPJ dan mendapatkan temujanji utk berjumpa Dr Kadir pada keesokkan harinya.
*ini dia ketulan yang berjaya dikeluarkan bersaiz 35mm x 25mm x 20mm. Sel kansernya dibahagian tengah berwarna kekuningan. Kiri kanan tu hanya tisu dan daging breast.
Masuk wad lagi
31 Mei 2016 : Masuk wad lagi dan lagi. Sebelum tu kena jalani prosedur biasa sebelum pembedahan iaitu ambil darah, x ray dan ECG. Alhamdulilah semuanya baik2 je.
Sakit dibahagian pembedahan
1 Jun 2016 : Disorong ke dewan bedah pada 1 tengah hari. Dalam hati tetap ada rasa takut walaupun itu pengalaman ke 5 aku dalam bilik bedah. 5 ptg aku sedar2 dah ada semula dalam wad, tapi masih mamai akibat kesan bius. Aku terlelap semula sehinggalah 730 ptg baru betul2 tersedar dan mula rasa pedih2 dan sakit dibahagian pembedahan subhanallah ramainya saudara mara dan keluarga dikeliling katil. Terharu huwaaaaaa.
Rasa macam kene sedut urat dalam badan
Jadilah aku penghuni wad selama 7 hari 6 malam bersama 2 botol vacum darah yang ditebuk di kanan badan. Muka ada senyum, padahal bila jalan terbongkok2 mcm mak nenek..
*masa nak cabut tiub vacum tu memang best rasanya. Nama pun vacumkan, rasa macam kena sedut segala urat2 dalam badan. Subahanallah dalam x sedar aku menangis. Hehehe manja la katakan, ahaksss.
Semua berjalan lanjar
Menu yang sama aku minta. Supaya lancar penghadaman selepas pembedahan. Manja sangat selama dalam wad ni hehe. Makan bersuap macam pengantin baru bukan sebab apa, semuanya sebab tangan kanan aku ketat x boleh angkat. Aku buang sekali 14 kelenjar limfa.
6 Jun 2016 : Dibenarkan pulang pada hari yang penuh rahmat di mana seluruh umat islam menyambut 1 Ramadhan. Seminggu kemudian kena dtg semula untuk buka jahitan benang dan dapatkan keputusan makmal. Weee sedap.
Jun 2016 : Alhamdulillah aku semakin sihat. Luka pembedahan pun kering, cantik sangat kata Doktor Kadir. So keputusan di baca 1 persatu. Katanya aku perlu dirujuk ke KPJ JOHOR pula memandangkan pakar kanser tiada di sini. Hari yang sama aku terus bawa segala medical report ke KPJ JOHOR. Kes aku diterima Doktor Natasya Onkologi. Dia menyatakan yang kanser aku dikategorikan sebagai TRIPLE NEGATIVE BREAST CANCER. Aku disarankan menjalani kemoterapi sebanyak 4 cycle, dimana harga 1 cycle adalah rm4500. Alamak macam mana ni. Insuran cover rm2k je setiap cycle, so aku minta pula dirujuk ke HSI. Haa ni hospital ke 3 tau. Best x asyik pindah2 hospital.
Esoknya aku terus ke unit Onkologi HSI utk dapatkan temujanji dgn bawa segala medical report. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan aku dapat tarikh 30 Jun 2016 utk berjumpa Doktor pakar onkologi d HSI.
30 Jun 2016 : Kes aku diterima Doktor Tan. Sangat berhemah bila bercakap, penerangannya sangat lembut dan mudah difahami. Katanya aku hanya perlu jalani kemoterapi 6 cycle, x perlu radioterapi, hormon terapi, herceptin dan x perlu makan ubat hormon TAMOXIFEN. Alhamdulillah syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini.
Sumber : Norhafiza Muzelan