berita

The Greatest International Circus Dah Sampai! Circus Pertama Di KL! Serbu Jom!

February 7th, 2018 | by Intan Mahsuri | 0 comments
Shout Out!

Confirm korang tak pernah tengok lagi kan persembahan circus? Apatah lagi kalau ianya merupakan kumpulan circus bertaraf antarabangsa kan? So, Korang tak boleh lepaskan peluang keemasan ni untuk tengok live circus dengan persembahan memukau. Magical gitu! Memang Powerlah!!!

Aksi power! Terbaik!

Bertempat di Quill City Mall KL,The Greatest International Circus bakal mengadakan persembahan tau! Bakal berlangsung bermula 9 Februari hingga 31 Mac nanti ianya merupakan persembahan julung kali yang melibatkan ahli-ahli akrobatik dan stunt man terkemuka.

Mereka bukan hanya akan mempersembahkan persembahan yang berunsur teater, tarian dan nyanyian bahkan korang juga bakal dibawa menyelami alam fantasi dan magical oleh kumpulan ahli silap mata mereka! Memang Padu! Tak rugi jika datang dan bawa ahli keluarga bersama-sama untuk merasai pengalaman yang berharga seumpama ini.

Value for money! Rugi tak tengok!

Dengan harga tiket bermula serendah RM 30, RM 60 dan RM 80 korang dah tak perlu lagi ke luar negara semata-mata nak tengok circus! Dalam Malaysia pun boleh… Quill City Mall KL kan ada! Tak gitu? Kalau korang nak tahu Tiket RM80 tu dah kira tiket VIP seat ye! Bagi kanak-kanak pulak bayar separuh harga je… Jimatkan? Sebab tulah jangan lepaskan peluang istimewa ni.

Oh sebelum terlupa setiap isnin hingga khamis persembahan The Greatest International Circus ni diadakan pada jam 8.30 malam ye. Manakala, pada hujung minggu & semasa public holiday pulak ada dua sesi iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.30 malam. Jadi cepat-cepatlah book slot korang takut nanti tiket sold out pulak. Ye la! Slot terhad la kata kan…

Ada diskaun!

Lebih menarik lagi, bila korang spend dekat Quill City Mall KL, korang layak dapat dapat diskaun RM 20 untuk tiket circus. Caranya korang kena tunjuk resit pembelian dekat kaunter pertanyaan mereka dan tebus diskaun anda! Tapi ini tertakluk pada terma dan syarat! Sebab diskaun ni hanya sah digunakan untuk tiket The Greatest International Circus yang berharga RM 60 dan RM 80 iaitu hot seat dengan VIP seat.

Boleh dapat hadiah kot…

Jadi sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ni, apa kata korang singgah Quill City Mall KL dan shopping dengan mereka. Sebab dalam masa yang sama pelbagai faedah korang boleh dapat. Bukan sekadar diskaun tiket circus je tapi boleh dapat baucer membeli-belah, Ang Pao ekslusif, silap-silap boleh dapat tiket flight! Bestkan?

Thumbs up untuk Quill City Mall KL sebab dapat adakan event yang awesome macam The Greatest International Circus. Jom ramai-ramai meriahkan suasana di sana nanti! Jangan bimbang nak datang semasa sambutan Tahun Baru Cina pun tak ada masalah sebab Quill City Mall KL tetap beroperasi macam biasa. Boleh rujuk di bawah untuk lokasi Quill City Mall KL 

Google Maps:

The following two tabs change content below.

Intan Mahsuri

Content Champion
Ceq orang Utara. Easy going, tapi tak suka makan kari... hat lain semua telan ja!

Most Read Today