Ya. Lagi-lagi Nora Danish. Mana taknya, sedang asyik melayan Facebook, tiba-tiba keluar pula newsfeed artikel daripada sebuah blog Hotlips Corner yang bertajuk ‘Diana Danielle Bengang Dengan Nora Danish’.
Dah kenapa pula? Sebelum ini tak pernah pula kami mendengar dua selebriti ini bergaduh atau apa-apa yang seangkatan dengannya.
Lepas dibaca artikel tersebut, maka barulah kami tahu bahawa isu ini timbul daripada sekeping foto berpegangan tangan dengan Farid Kamil yang dimuat naik oleh Nora. Over sangat ke adegan pegang tangan tu sampai Diana sound Nora?
Foto kiri daripada instagram Nora Danish dan foto kanan daripada instagram Diana Danielle
Tapi, nampaknya mereka berdua telah memadam foto-foto tersebut setelah ianya menerima pelbagai respon daripada para followers.
Macam biasalah, ada yang cakap sokong Diana sebab mempertahankan haknya sebagai seorang isteri dan tak kurang juga yang membela Nora Danish kerana menganggap ia hanya sekadar foto untuk promosi filem.
Malah, ada juga yang meletakkan kesalahan di bahu Diana kerana melabelkan wanita itu tidak profesional dan seakan-akan tidak faham dengan adat resam dunia lakonan sedangkan dia juga merupakan seorang aktres.
Apapun, masing-masing mempunyai pendapat sendiri disertai dengan pelbagai hujah. Ha..Bagaimana pula dengan anda? Nak ambil side DD atau ND?