Aksi atlet wanita papan selaju negara, Fatin Syahirah di pusingan akhir acara ‘Women Street’ di Sukan Asia semalam telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen. Menerusi video berdurasi 2:34 saat yang disiarkan Astro Arena, atlet ini kelihatan terjatuh beberapa kali ketika melakukan aksi.
Malah, pengulas sukan bertugas turut mempersoalkan bagaimanakah pemilihan yang dibuat untuk melayakkan atlet ini mewakili Malaysia.
Aksi atlet wanita papan selaju
Di peringkat penentuan pingat, Fatin Syahirah kelihatan jatuh sebanyak tiga kali ketika melakukan aksi sehinggakan pengulas sukan tertanya-tanya bagaimanakah cara pemilihan yang dibuat. Walaubagaimanapun, di akhir video jurulatih dan ahli pasukan lain kelihatan mengucapkan tahniah.
Macam mana boleh mewakili Malaysia? – Netizen
Terlalu gugup
Di ruangan komen, netizen turut mempersoalkan peringkat tapisan yang dibuat bagi melayakkan atlet ini peringkat Sukan Asia. Tidak kurang juga yang menganggap peserta ini terlalu gugup sehingga memberi kesan kepada persembahannya.
Sumber : Astro Arena