Sememangnya, pertelagahan antara peminat kerap berlaku dan masing-masing mahu membela artis yang mereka minati. Namun, lain pula cerita yang terjadi apabila Syanie sendiri bertindak mengkritik peminat Azwan Ali.
Apakah agaknya yang dilakukan oleh peminat Azwan Ali sehinggakan Syanie berani bertindak sedemikian? Dalam video berkenaan, Syanie dilihat seolah-olah menyindir peminat Azwan Ali yang dianggap terlalu sensitif.
Menerusi video yang dimuatnaik 5 hari lepas itu, Syanie mengatakan bahawa dia tidak kisah jika peminat Azwan Ali tidak suka dengan apa yang dilakukannya terhadap Azwan Ali. Isu ini dipercayai berpunca daripada komen Syanie terhadap Azwan Ali sebelum ini.
Syanie dengan berani menjawab persoalan mengenai pertelagahan dia dan peminat Azwan Ali
“Orang menyampah ke, orang tak menyampah ke, dia kutuk aku, aku kutuk dia. Fair game. Siapa tak puas hati nasib!. Itu mulut aku, bila dia mengata aku, diorang tak tunjuk tak apa pula. Yang korang semua sensitif kenapa?” – Syanie
Itulah antara kata-kata yang dilemparkan oleh Syanie apabila ditanyakan mengenai kes ini. Apapun, mari kita tengok apa yang jadi sebenarnya.