Baru-baru ini tular jualan murah Swarovski sampai RM59 sahaja. Memang berebut wanita di luar sana berebut nak dapatkan cincin ni. Yelah kalau kita tahu pun, harga Swarovski mencecah ribuan ringgit. Jualan murah kali ni boleh dikatakan memang tak masuk akal.
Bagi menjawab persoalan ini, ori atau fake. Seorang gadis tampil memberi kenyataan mengenai ini kerana katanya dia pernah beli pada tahun 2014. Jadi fake ke tidak?
Jualan murah
Swarovski mungkin satu jenama yang menjadi idaman ramai gadis dan wanita kerana kecantikan rantai dan gelang namun harganya agak mahal untuk dimiliki walaupun setelah diberi potongan harga. Namun, kali ini potongan yang luar biasa menyebabkan ramai yang terkejut.
Mungkin ramai yang tertanya apa bezanya Swarovski dan ‘Made with Swarovski Elements’. Sebenarnya jenama Swarovski adalah pembekal batu kristal terbesar di dunia kepada pembuat barangan kemas. Ramai jugak nak tahu apa rupa cincin Swarovski yang berharga rm29 ini kan?
Rm29 untuk harga plastik
Beli 2014, jualan murah yang sama
Nah Swarovski’s yang korang duk viralkan tu ?? FAKE ! ?
Cincin ini sebenarnya bukan cincin original yang dijual di pasaran. Kalau nak original, beli la dekat cawangan sah Swarovski. Belilah yang original tau!
Sumber : Hany Syahirah