berita

Wak Doyok Sound Setepek Pada Orang Yang Dengki Dengan Kejayaannya

April 14th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-04-14 at 3.43.56 PM

Kasihan kami dengan nasib yang menimpa Wak Doyok. Semenjak kemunculannya di dalam industri hiburan tanah air, nama Wak seringkali menjadi bahan komen-komen negatif masyarakat.

Dahlah isu ‘merecik’ tak habis lagi, tak pasal-pasal Wak Doyok dituduh gay dan ada banyak skandal seks. Mana jejaka ini tahu, kami pun tak pasti.

Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dengan Beraninya Mengatakan Wak Doyok Gay & Banyak Skandal Seks

Wak Doyok Mengaku Famous Sepanjang 3 Tahun

Screen Shot 2015-04-14 at 3.52.06 PM

Namun, melalui kapsyen sekeping foto di laman Instagram, Wak telah meluahkan perasaannya yang terbuku selama ini.

Iyalah, siapa yang tahan kalau dituduh tanpa usul periksa. Betul tak? Kata Wak Doyok, bukan dia yang minta untuk jadi terkenal seperti sekarang hingga menyebabkan ramai yang tak berpuas hati.

Assalammualaikum..!!! Apalah nasib aku ini satu demi satu #Haters nak menjatuhkan aku. Aku femes macam ini selama 3 tahun bukan aku yang mintak jadi sampai sekarang. Ini semua dah di tentukan oleh Allah yang mana kita mahu mengubah nasib sendiri atas kerja keras aku.

Kisah Sedih Kehidupan Wak

Screen Shot 2015-04-14 at 3.44.12 PM

Dalam pada itu, apa yang Wak tulis ini betul-betul menyentuh hati kami. Mana taknya, Wak turut mengatakan dia bekerja demi menyara keluarga yang bukan datang dari golongan senang.

Eh, cakap banyak pun tak guna. Apa kata korang baca sendiri luahan hati Wak. Mana tau bergenang air mata korang. Hmmm.

Screen Shot 2015-04-14 at 3.13.55 PM

Kalau korang nak tahu, kami ada juga tengok kembali akaun Twitter jejaka yang menuduh Wak ni gay.

Namun, pencarian kami tak berhasil. Mungkin dah tukar nama ataupun deactivate akaun kot. Apapun, kami harap Wak tabah ye. Biasalah, adat manusia sentiasa mencari kesalahan orang lain.

SKIP THIS AD ×