Ya. Ajal dan maut ditangan Allah SWT. Tiada apa yang dapat menghalang seandainya sudah tertulis bahawa ajal kita sudah sampai.
Namun, beberapa luahan hati lelaki bernama Hanafi Manaf yang kini tersebar di laman sosial ini membuatkan kami terfikir adakah sahabat di sisi akan setia sehingga ke akhir hayat? Ermm..
Mana pergi kawan?
Andai ini yang terakhir..
Menerusi komen-komen di laman sosial, lelaki ini dikatakan sudah meninggal dunia beberapa minggu yang lalu. Al-fatihah.
Pengajarannya, janganlah kita menjadi sahabat seseorang pada waktu kita susah sahaja, bila dah senang dan si sahabat tu pula jatuh sakit ataupun menghadapi kesusahan, kita tinggalkan dia keseorangan. Hurm. Dunia..dunia..