berita

‘1 Daripada 100k Rakyat Malaysia Menghidap Penyakit Ini’ – Luahan Hati Pesakit Multiple Sclerosis Undang Sebak

April 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa yang tak sedih apabila disahkan menghidap penyakit kronik yang menelan kos perubatan yang tinggi serta terpaksa berhenti bekerja. Menerusi Twitter, Fairuz Aliah berkongsi kisah hidupnya yang menghidap penyakit Multiple Sclerosis yang jarang berlaku di Malaysia. Hanya 1 dari 100000 rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini. Kisah sedihnya mendapat perhatian orang ramai yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa dirinya.

1 dari 100000 rakyat Malaysia yang menhidapi penyakit ini

Bermula pada Jun 2018 apabila selesai jogging di atas treadmil, kaki kanannya terasa kebas. Rasa kebas itu tidak hilang dan kakinya terasa semakin lemah. Setelah berjumpa dengan doktor, doktor mengatakan bahawa urat saraf kakinya mungkin rosak dan mengambil masa selama setahun untuk pulih serta memberi dia vitamin B. Hari demi hari, dia dapat merasakan bahawa kaki kanannya semakin lemah.

Sampai satu tahap dia terpaksa mengheret kakinya untuk berjalan. Seminggu selepas itu, kebas dari kakinya telah merebak hingga ke pinggang. Ibu bapanya bawa dia ke pakar ortopedik dan lakukan pemeriksaan MRI.

Keputusan MRI tidak menunjukkan sebarang masalah

Keputusan MRI pada tulang belakang menunjukkan tiada apa-apa masalah. Doktor hanya memberikan dia ubat untuk memulihkan urat saraf dan untuk menghilangkan kebas.

Dia menggangap bahawa semuanya akan berakhir dan urat sarafnya sudah kembali normal. Namun dia menyedari bahawa dirinya tidak secergas dulu. Dia tidak boleh jogging dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Selain itu, dia turun mengalami kesukaran untuk fokus dalam kerjanya. Dia telah pergi ke klinik berkali-kali untuk mengetahui penyakit yang dihidapi.

Kedua-dua belah kakinya mula kebas

Semua doktor yang dirujuk memberi jawapan yang sama. Pada mulanya mereka katakan dia menghidap tekanan darah rendah, sakit telinga dan terlampau tertekan disebabkan kerja serta kedudukan badan yang tidak elok semasa bekerja.

Pada Febuari 2019, ibunya mengajak ke klinik untuk pemeriksaan darah kerana keturunan keluarganya mempunyai penyakit Thyroid.

Namun, hasil ujian darah mendapati dia tidak mengalami penyakit Thyroid tetapi keputusan itu menunjukkan dia mengalami simptom lain. Semasa hari menjalani ujian darah, dia mengalami selsema dan doktor mengatakan bahawa itu adalah kesan daripada selsema yang dialaminya.

Selepas beberapa minggu, kedua belah kakinya mula kebas.

Doktor pakar turut keliru

Kali ini, kebas di kakinya merbak ke pinggang dengan bergitu cepat. Otot kakinya kejang dan rasa sangat lemah. Dia berjumpa doktor yang sama dan doktor tersebut buntu mencari jawapan. Dia dirujukkan ke pakar yang lain sebelum ditahan ke dalam wad untuk sisi MRI dan ujian saraf.

Selepas menjalani pemeriksaan, ujian saraf didapati normal dan mereka mengatakan tulang belakang yang bermasalah namun hasil ujian tulang belakang menunjukkan sebaliknya. Kedua-dua pakar itu keliru. Dia meminta untuk dikeluarkan dari tahanan wad tetapi doktor menyuruhnya melakukan ujian MRI sekali lagi kerana pada minggu pertama dia ditahan wad, kebas dari pinggangnya merebak ke dada.

Hasil keputusan MRI sudah keluar dan doktor mengatakan bahawa dia mengalami kecederaan di saraf tunjangnya. Dia tidak dibenarkan untuk keluar dari wad kerana ianya kelihatan sangat serius. Dia pulang ke rumah pada hujung minggu dan ditahan semula ke dalam wad pada hari isnin bagi menjalani ujian MRI di otaknya.

Keputusan MRI otak bukti menghidapi Multiple Sclerosis

Pada 21 Mac, doktor menjemput kedua ibu bapanya untuk membincangkan sesuatu. Doktor menunjukkan hasil pemeriksaan MRI di otaknya. Doktor mengesahkan bahawa dia menghidapi penyakit Multiple Sclerosis. Di dalam wad, sebelum ibu bapanya memberitahu penyakit yang melanda dirinya, mereka berdua menangis.

Dia terpaksa berhenti kerja dan doktor mengatakan bahawa penyakit itu telah merebak ke mata dan kakinya. Dia boleh buta dan lumpuh jika tidak dirawat dengan betul. Multiple Sclerosis merupakan penyakit yang jarang berlaku di Malaysia dan ubat untuk penyakit ini menelan kos yang tinggi serta susah untuk didapati.

Sehingga ke hari ini, masih belum ada lagi penawar bagi penyakit Multiple Sclerosis. Kos untuk terapi pula menelang harga dan dia seakan putus harapan. Bagaimana dia hendak menampung kos terapi yang mencecah angka RM330k dengan keadaan keluarga yang sederhana. DIa ingin memberitahu rakyat Malaysia akan kewujudan penyakit ini.

Sumber: Fairuz Aliah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×