berita

Money Matters Kembali, Fokus Jangkaan Kelembapan Dalam Ekonomi & Perdagangan Global

January 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Money Matters kini kembali dengan musim baharu membincangkan topik-topik menarik bersama empat hos berpengalaman dan berkaliber iaitu Zahir Kelvin Ong Abdullah, Azaria Tagaya, Muhammed Ahmad Hamdan dan Anita Woo.

Bincang isu negara

Rancangan bual bicara perniagaan dan kewangan ini akan mula disiarkan di TV3 pada 21 Januari 2023, setiap hari Sabtu, pukul 5.00 petang.

Money Matters pada musim ini lebih memberi fokus berkaitan jangkaan kelembapan dalam ekonomi dan perdagangan global. Adakah perniagaan di Malaysia bersedia untuk ini?

Musim baharu ini penonton dapat sama-sama menyaksikan perbincangan mengenai isu negara, antaranya menangani isu berhubung rasionalisasi subsidi, menambah hasil asas cukai negara melalui pelbagai kaedah yang tidak membebankan, dan menangani kekurangan buruh.

Selain daripada topik pembentangan semula Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari ini. Money Matters akan turut membincangkan isu yang memerlukan perhatian daripada kerajaan perpaduan kerana Perdana Menteri kita ingin melaksanakannya mengikut reformasi beliau.

Money Matters musim baharu akan disiarkan bermula hari ini (21 Januari), dihoskan oleh Zahir Kelvin Ong Abdullah bersama Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah yang akan memberi pencerahan kepada penonton mengenai peluang dan cabaran baharu untuk perniagaan Malaysia pada tahun baharu ini. Program ini akan terus menampilkan personaliti korporat berprofil tinggi.

Dalam pada itu, Josephine Dass selaku Penerbit Eksekutif dan Editor, akan terus memimpin produksi Money Matters dan dibantu oleh Penerbit, Mimi Azeera Abdullah dan Amelia Azharul Nahar untuk setiap episod. Program ini diterbitkan oleh Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima.

Money Matters boleh distrim secara langsung di http://www.tonton.com.my dan dapatkan perkembangan terkini program di akaun rasmi Twitter @MoneyMattersTV3.

SKIP THIS AD ×