berita

’10 Kali Selamatkan Gol, Orang Takkan Ingat’ – Respon Haziq Nadzli Bila Dikecam Gol Sendiri

August 30th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand. Bukan rezeki Malaysia kali ini apabila Thailand berjaya merangkul pingat emas dengan jaringan 1-0. Kemenangan pihak lawan itu menjadi bualan hangat netizen apabila Malaysia membuat jaringan gol sendiri.

Penjaga gol negara, Haziq Nadzli tersilap langkah apabila tumbukan beliau terhadap bola telah memasuki gol sendiri ketika sepakan penjuru Thailand. Tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Haziq memiliki penjelasan tersendiri ketika berbicara mengenai kesilapan yang dilakukannya itu.

Bukan saya sengaja

Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar. Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain.

Menurut Haziq, beliau tidak sengaja untuk menjaringkan gol sendiri. Keadaan hujan menyebabkan beliau tersilap menumbuk keluar. Bagaimanapun, Haziq menegaskan kesilapan itu bukan sesuatu yang disengajakan.

10 kali selamatkan gol, orang takkan ingat

10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya. Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah.

Sebak pula admin! Haziq tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. Bukan rezeki Malaysia kali ini, apa apa pun tahniah diucapkan dari kami team OhBulan!.

Sumber : Rizal Hakimm

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×