berita

10 Kontak Rapat Kluster Pengawal Keselamatan Pusat Beli Belah Di Cheras Sah Positif

May 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti satu lagi kluster baru semalam. Menurutnya, kluster baru itu terdiri daripada anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah di Cheras.

Kluster pengawal keselamatan

Sekadar gambar hiasan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Sehingga 7 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak sepuluh (10) kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan (9) warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Tinggal di kediaman yang sama

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat. Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan79 orang masih menunggu keputusan.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini. Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga telah diberikan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Buletin Tv3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×