berita

10 Peniaga Tempatan Kongsi Kisah Susah & Senang Demi Mengubah Kehidupan Mereka

January 27th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Ramai usahawan terpaksa berhadapan kesukaran dan kesusahan bila berniaga.  Kadang-kala diri sendiri je tahu macam mana kisah disebalik perniagaan tersebut. Tapi demi kehidupan lebih baik, pastinya ada pelbagai cabaran yang perlu dilalui.

Begitu jugalah buat 10 usahawan hebat ini yang di awal perniagaan mereka pelbagai cabaran mereka perlu tempuhi. Namun, segalanya membuahkan hasil apabila perniagaan mereka kian berjaya. Jom jadikan kisah mereka sebagai pembakar semangat korang yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Hanya bermodalkan RM60 – Fahrul Hilmie

Fahrul Hilmi, 43, berasal dari Muar, Johor telah memulakan perniagaannya hanya bermodalkan RM60 bagi memproses serbuk rempah bbq jenama HILMIE’S. Semua ini bermula di rumahnya saja.

Fahrul Hilmi menghasilkan rempah bbq sendiri mengikut citarasanya disebabkan minatnya yang mendalam terhadap bbq. Mendapat feedback positif dari restoran steamboat kepunyaan abangnya, sejak itu bermulalah jenama HILMIE’S di pasaran.

Walaupun produknya belum dikenali di pasaran dan juga modal yang tidak mencukupi, usahanya membuahakan hasil apabila jenama HILMIE’S dapat memasuki pasaran Brunei di 55 buah pasar raya di sana. Sangat menakjubkan!

Website: http://www.hilmiesbbq.com/

Facebook: HILMIE’s

Instagram: HILMIE’s

Dapat beli van & ada staf berdedikasi – Noor Atifa

Dengan minat yang serius dalam perniagaan dan minuman, Noor Atifa, 37, mula menjual kek, roti dan dalam masa yang sama menjadi pengedar susu.

Beliau pada awalnya tidak pandai menguruskan perniagaan dan berasa tidak arif lagi dalam pemasaran. Kadang-kala terasa susah untuk mendapat pelanggan.

Setelah sekian lama bertahan dan mempunyai persaingan sengit dari segi harga dan mencari customer, akhirnya beliau berhasil membeli sebuah van dan mempunyai staf yang berdedikasi. Katanya lagi, dalam perniagaan ini haruslah berusaha dan jangan pernah putus asa.

Facebook: Miszoven

Instagram: Miszoven

Dapat anugerah Zero To Hero – Faridah Mohamed

Jenama yang dikenali sebagai Pesona Warisan merupakan salah satu jenama pengeluar pes, sedia dimakan, dan juga makanan sejuk beku. Pemiliknya iaitu Faridah Mohamed yang berasal dari Kulim, Kedah terpaksa meneruskan hidup sebagai ibu tunggal kepada seorang anak yang berusia 2 tahun pada ketika itu.

Setelah itu, beliau bangkit dan berusaha keras untuk memasarkan produknya. Dalam pada itu, ramai juga pesaing bagi jenis makanan seperti ini, tapi beliau tetap usaha memasarkan produknya menerusi dalam talian dan secara offline.

Beliau juga pernah mendapat anugerah ‘Zero to Hero’ di bawah program Kem Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 2017. Bagi Faridah, dengan pencapaian yang beliau ada itu terus membuat beliau konsisten dalam pengeluaran produk dan pasarannya.

Facebook: FarOne

Instagram: FarOne

Bantu wanita bekerjaya – NurAzlina Hassan

Berniaga memang bukan mudah jika tiada sebarang ilmu. Begitu juga yang dikatakan NurAzlina yang berasal Selayang, Selangor. Beliau bangkit dengan menjual produk sambal iaitu Sambaleena.

Sambaleena dikatakan dapat menjadi pembantu nombor 1 wanita bekerjaya. Ia disebabkan cara pengggunaanya sangat mudah. Jadi, tak hairanlah mengapa produk NurAzlina menjadi pilihan ramai.

Tapi dalam perniagaan ada pasang surutnya. Nur Azlina sentiasa menaik taraf produknya dan pastikan tidak ketinggalan dan mendapat tempat di hati pelanggannya. Dengan sistem perniagaannya yang baik, kini beliau mempunyai 20 pekerja dan mempunyai ejen sendiri di setiap kawasan.

Facebook: Sambaleena

Instagram: Sambaleena

Bertahan dalam tempoh kegawatan ekonomi – Azri Azizan

Azri Azizan, 29, menyediakan dan menjual makanan tradisional. Berasal dari Kedah, beliau mempunyai cabaran yang hampir sama dengan peniaga lain iaitu kaedah pemasaran yang betul.

Tapi, orang muda kebanyakkannya berjiwa besar. Beliau bangkit dengan memasarkan produknya di media sosial. Lama-kelamaan bisnesnya maju dan mendapat tempat dihati pelanggan. Beliau juga bersyukur, apabila mampu bertahan saat kegawatan ekonomi sekarang.

Bukan senang untuk terus konsisten dan bertahan dalam waktu yang sukar. Lagi-lagi macam sekarang ni. Jadi, kena terus berusaha supaya dapat capai apa yang diinginkan.

Instagram: Ansuri

Berniaga perlu ada ilmu – Mardhiah Lin

Produk Pakchips menghasilkan snek berasaskan buah melalui proses penggorengan vakum. Mardhiah Lin telah memulakan perniagaan Pakchips pada 2016 di Muar, Johor. Dikatakan produk ini menjadi makanan snek alternatif buat orang di luar sana.

Walaupun tidak mempunyai pesaing yang begitu ramai di Malaysia, Mardhiah tetap memasarkan produknya secara dalam talian dan juga luar talian bagi mengembangkan lagi pasarannya.

Pesan Mardhiah, kalau korang nak berjaya haruslah berusaha dan menuntut ilmu dalam menguruskan perniagaan kerana ilmu penting untuk menjamin kelangsungan perniagaan!

Shopee: https://shopee.com.my/zul956

Beri manfaat kepada orang ramai – Hafizudin Hiew

Mohamad Hafizudin Hiew yang berasal dari Ipoh, Perak telah memulakan produk C2Joy iaitu produk susu dalam bentuk serbuk. Ia gabungan susu awal lembu, susu skim, kalsium ekstrak dan lain lain lagi. Ia juga mempunyai formula rahsia bagi kesihatan dan sistem daya tahan badan.

Sama seperti yang lain, Hafizudin mengalami kesukaran untuk dari segi kapasiti pengilangan, pengurusan eksport dan pelancaran baru. Namun, beliau tidak mempunyai pesaing yang terlalu besar dan fokusnya adalah memperbaiki syarikat dan sentiasa muhasabah diri dalam apa jua cabaran.

Menurutnya, ramai pelanggan memberi feedback positif dari segi perubahan kesihatan mereka. Bagi Hafizudin, beliau berasa bersyukur dan seronok kerana dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Facebook: C2Joy

Team ejen mampu jana income 5 angka – Noorul Halimin

Produk Kerepek Lobak Merah dibawah jenama CRAVIA yang dikeluarkan di Kuala Lumpur ini dihasilkan tanpa pengawet dan tidak mempunyai bahan tiruan. Maka, tak hairanlah mengapa ia menjadi makanan kegemaran kanak-kanak dan pilihan ibu bapa.

Pada awalnya, Noorul Halimin kekurangan sumber rujukan untuk menghasilkan produk ini, namun dengan hasil kaedah cuba jaya bersama pegawai agensi-agensi berkaitan, beliau dapat menggunakan strategi dan berpegang kepada keunikan produk Kerepek Lobak Merah tersebut.

Antara strategi lain yang dibuat adalah dengan memindah tempat pemprosesan di kawasan luar bandar iaitu di Lenggeng, Negeri Sembilan dan diterajui oleh 4 orang anak muda dan kakitangan. Kini, team ejen beliau mampu menjana income sebanyak 4-5 angka sebulan dengan berkongsi manfaat kerepek ini.

Website: http://www.craviaminys.com/

Facebook: CRAVIA

Instagram: CRAVIA

Bersaing secara sihat – Kamariah Yusoff

 

Kamariah Yusoff merupakan pemilik syarikat Maji Enterprise. Beliau menghasilkan produk sos serbaguna, pencicah dan bahan perasa. Beliau yang kini berjaya mengikat perjanjian bersama Syarikat Makcun yang diasaskan oleh Erma Fatima dan telah dipasarkan ke pasaraya Aeon di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, Kamariah mengakui bahawa persaingan dalam bisnesnya sangat mencabar.Tetapi, persaingan tersebut dilakukan secara sihat di mana usahawan-usahawan lain saling membantu justeru dapat meningkatkan semangat dalam perniagaan.

Facebook: Sambal Maji

Guna kaedah ‘Aafiyat Lifestyle’ – Aaidil Azwal

Berkelulusan Ijazah Undang-Undang Islam, Aaidil Azwal, 40, berpengalaman menjalani kehidupan di Mesir. Beliau amat tertarik dengan budaya amalan pemakanan buah zaitun dan diet pemakanan masyarakat di sana yang dikenali sebagai diet Mediterranean.

Hasil dari pemerhatian, beliau mengeluarkan produk pati minyak zaitun yang tinggi khasiatnya. Beliau pulang ke Malaysia dan berkongsi manfaatnya kepada semua. Setelah itu, lahirlah jenama Olive House dan pelbagai produk semula jadi berkualiti tinggi sehingga ke hari ini.

Beliau akui sangat sukar memberi kefahaman tentang khasiat pengambilan minyak zaitun dan ketika itu beliau hanya bekerja bersama ahli keluarganya saja. Walau bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkongsi manfaat buah zaitun dan kini pasaran minyak zaitun semakin mendapat tempat di Malaysia.

Website: http://www.olivehouse.my/

Facebook: Olive House

Instagram: Olive House

Berbelanja lebih bijak dengan menyokong barang tempatan!

Bila korang dah tengok antara pahit dan manis 10 usahawan yang kami kongsi ni, mesti ada antara barangan yang dijual tu memiliki cita rasa korang sebagai pengguna kan?

Jadi, jom kita sokong Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, korang juga dapat bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan membeli barangan mereka. 

SKIP THIS AD ×