berita

10 Sebab Kenapa Korang Perlu Dapatkan HUAWEI Siri P40 Hari Ini, Jadikan Teman Ketika PKP

April 21st, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Siapa kata duduk rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menyeronokkan? Hiburkan diri, peka dengan berita semasa dan nikmati ganjaran menarik dengan HUAWEI Siri P40. Ia adalah teman paling tepat sepanjang tempoh #DudukRumah. Nak tahu kenapa?

Biarpun dalam tempoh mencabar, HUAWEI berjaya melancarkan smartphone terbaik dalam kelas fotografi iaitu HUAWEI Siri P40. Terdapat dua model dijual dalam pasaran Malaysia sekarang, P40 dan P40 Pro serta boleh didapati dalam warna Blush Gold, Frost Silver dan Deep Sea Blue.

Teman fotografi indoor korang

Dengan keupayaan fotografi dan sambungan 5G terbaik, HUAWEI Siri P40 menaiktaraf perkakasan kamera mereka menjadikan ia peranti terbaik untuk korang menyerlahkan kemahiran. Musim PKP ini, ambillah gambar atau memori bersama kucing, tumbuhan atau orang tersayang.

Lihat 10 spesifikasi menakjubkan ini sehingga meletakkan HUAWEI Siri P40 di tangga teratas dalam kelas fotografi telefon pintar:-

1. Kamera Ultra Vision Leica berkuasa: Sensor, Autofokus, AI AWB, XD Fusion Engine terbaik

HUAWEI P40 Triple Leica Camera dilengkapi dengan kamera 50MP Ultra Vision, 3x Optical Zoom, 16MP Ultra wide-angle. Manakala, HUAWEI P40 Pro Quad Leica Camera pula dilengkapi dengan 50MP Ultra Vision camera, 5x Optical Zoom, 40MP Ultra wide-angle dan 50x Digital Zoom.

Dengan kehebatan kamera pada HUAWEI Siri P40, gambar dapat diambil dengan cerah malah mengekalkan warna dan keadaan sekeliling dalam keadaan terbaik selama 24 jam biarpun ia diambil dalam keadaan malap atau long-exposure shots. Malahan, gambar portrait juga boleh diambil dalam apa juga situasi pencahayaan dengan mengekalkan butiran terperinci gambar.

2. Studio-like portrait

Tak kira siang atau malam, di luar mahupun di dalam rumah, korang semua mesti mahu gambar portrait yang cantik di mana saja, bila-bila masa. Kombinasi perkakasan dan AI algorithms menjadikan kamera depan dan belakang HUAWEI Siri P40 peranti terbaik untuk mendapatkan hasil gambar portrait sempurna.

Backlit portraits: Bagi membantu korang mengambil gambar portraits yang halus, HUAWEI Siri P40 dilengkapi ciri targetted optimisation untuk senario backlit. Ia menyokong segmentasi objek yang tepat dan meningkatkan kecerahan yang disasarkan pada wajah subjek.

Night Portraits: Kamera utama Ultra Vision pada HUAWEI Siri P40 mempunyai kepekaan fotosensitif jauh luar biasa daripada apa yang dapat dilihat oleh mata manusia. AI portrait algorithms pula bertindak meningkatkan kecerahan wajah subjek untuk potret malam terbaik.

3. AI Photography paling berkuasa: Golden Snap

  • AI Best Moment mengesan pergerakan dan mencadangkan yang terbaik buat korang.
  • AI Remove Passerby memastikan korang tidak perlu berkongsi limelight.

  • AI Remove Reflection sentiasa memastikan korang dapat gambar terbaik, tanpa gangguan

4. Zoom paling berkuasa pada smartphone

Dengan HUAWEI Siri P40, korang boleh tengok perincian setiap gambar biarpun di zoom kerana keupayaan zoom pada model terbaru ini telah diperbaharui dan lebih stabil berbanding generasi sebelumnya.

Bukan zoom gambar saja ditambahbaik, tetapi begitu juga dengan zoom video yang diberi nama Audio Zoom pada HUAWEI P40 Pro. Audio diperkuat ketika kamera zoom pada subjek. Manakala, bunyi latar ditapis secara automatik.

5. 4K HD Selfie Video yang menawan

Kalau sebelum ni korang ambil video selfie kabur-kabur, kini tidak lagi dengan HUAWEI Siri P40 yang menawarkan resolusi 4K dengan kecerahan dan perincian warna yang menakjubkan.

Malah, korang boleh buat Live Stream tanpa risau dengan HUAWEI P40 Pro 4K Selfie Video di rumah. Senang sangat sebab korang tak perlu edit kerana ciri auto beauty pada wajah diaktifkan secara automatik.

Sambungan terbaik dengan HUAWEI Siri P40: Bina hubungan dari rumah

6. 5G SoC paling canggih

HUAWEI Siri P40 dikuasakan oleh chipset Kirin 5G yang akan merevolusikan pengalaman kelajuan dan kuasa selepas menggunakan HUAWEI Siri P40 untuk menyeberangi jarak sosial dan membina hubungan dengan dunia luar.

7. HUAWEI MeeTime

Penjarakan sosial korang di rumah kini tidak lagi membosankan dengan ciri inovasi panggilan video HUAWEI, MeeTime yang membolehkan korang menghubungi yang tersayang biarpun dalam capaian rangkaian lemah dan situasi kurang pencahayaan.

Malah, korang boleh kongsi skrin ketika panggilan video, boleh salin nota atau lakukan pelbagai tugasan lain dalam smartphone! Semuanya boleh dengan revolusi sistem operasi EMUI 10.1.

8. HUAWEI Share

Sepanjang tempoh PKP, ramai di antara kita perlu #WorkFromHome. Justeru, kekalkan prestasi seperti bekerja di pejabat dengan HUAWEI Share. Ia membolehkan korang memindahkan fail kecil mahupun besar pada kelajuan tertinggi antara smartphone dan peranti lain seperti HUAWEI tablets dan PC.

Malah, HUAWEI Share turut membolehkan perkongsian skrin dengan Multi-screen Collaboration supaya korang boleh menjawab panggilan suara atau video menerusi PC dan membuka fail serta pautan di smartphone untuk meningkatkan produktiviti.

Contohnya, korang boleh guna HUAWEI Share untuk memastikan sambungan lancar antara smartphone dengan tablet kegemaran, HUAWEI MatePad Pro.

9. HUAWEI AppGalley

Bagi korang yang belum tahu, HUAWEI AppGalley kini mengandungi pelbagai aplikasi popular dan sering diguna rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada, McDonald dan banyak lagi.

Sememangnya HUAWEI AppGallery ini masih baharu buat sesetengah pengguna, namun HUAWEI memberi jaminan keselamatan kerana dilindungi empat lapisan perlindungan yang disahkan selamat oleh standard industri tertinggi.

Penggguna boleh jimat lebih banyak storan dengan hanya menggunakan Quick Apps untuk membuka sesetengah aplikasi tanpa perlu muat turun di smartphone masing-masing.

Tambahan, pengguna HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro boleh menebus ganjaran sehingga RM2,381 di HUAWEI Member Center dan storan 50GB HUAWEI Cloud untuk satu tahun.

Dapatkan lebih storan, perlindungan dan ganjaran bila korang gunakan HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI.

10. HUAWEI Video

HUAWEI Malaysia kini sedang menawarkan tiga bulan akses premium percuma untuk pengguna P40 Series dan MatePad Pro. Bukan itu saja, semua pelanggan sedia ada HUAWEI di Malaysia juga boleh menikmati akses premium percuma selama satu bulan ketika tempoh PKP.

Jom dapatkan HUAWEI Siri P40, MatePad Pro dan Watch GT 2e di Lazada atau platform online HUAWEI Malaysia hari ini. Jadikan ia teman korang ketika tempoh PKP okay!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×