Pendakwah dan selebriti Shamsul Ghau Ghau menyatakan selama 10 tahun dia menghilang diri daripada industri seni adalah untuk memberi fokus kepada pengajian al-Quran bagi mendapatkan sijil tauliah sebagai penceramah.
Artikel Berkaitan: 4 Kumpulan Mara Ke Final Pentas Marhaban, Juri Mencari Juara Yang Ada ‘Ketenangan’
Artikel Berkaitan: Tilmiz Fahmi Nafi Pengaruh Keputusan Pihak Produksi Pilih Al Maqari Sebagai Peserta Pentas Marhaban
Jual rumah, kereta, motor
Ketika ditemui OhBulan! Shamsul berkata dia telah melalui beberapa ujian dan akui tidak mudah untuk mendapatkan sijil pentauliahan.
Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.
Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu saya simpan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil SPM.
Tujuan ambil tauliah bukan nak riyak, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur, paling utama fokus.
Untuk ambil tauliah bukan mudah, ada dua ujian dan tempoh untuk keputusan selama setahun. Memang lama.
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang ini, dapat buat come back dalam industri. Anak-anak semakin besar, saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Shamsul berkata demikian ketika ditemui di separuh akhir Pentas Marhaban yang berlangsung di TV Alhijrah, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Shamsul Azahar Aliddin mendedahkan dia telah menggunakan semua wang simpanan dan menjual aset miliknya bagi menampung kos sara hidup keluarga sepanjang tempoh 10 tahun itu.
Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran itu duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis saya gunakan.
Dua buah biji rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor juga habis saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.
Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000.
Ditanya mengenai keajaiban yang berlaku, Shamsul berkata al-Quran jawapan kepada semua masalah.
Sudah pasti ada keajaiban ketika dan selepas saya menuntut ilmu mendalami tentang al-Quran.
Dulu kalau sedih cerita pada orang, tapi sebenarnya Allah tunggu kita cari dia. Allah akan jawab melalui gerak hati dan ada laluan yang diberikan.
Itu yang saya lalui, Allah permudahkan segala urusan saya walau dalam keadaan susah. Alhamdulillah.
Sekadar info, Pentas Marhaban yang bersiaran setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi.