berita

10 Tahun Tak Buat Persembahan Pentas, Fazley Yaakob Akui Nervous & Emosi – ‘Saya Minta Maaf’

November 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui, Dato Fazley Yaakob mendapat markah terendah berdasarkan persembahan lagu miliknya Asmara Ini dalam sebuah program hiburan tempatan semalam. Bagaimanapun, tiada penyingkiran pada minggu pertama dan sekaligus melayakkan beliau bertanding di konsert kedua pada minggu hadapan bersama 12 peserta yang lain.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Suara Datuk Fazley Di Gegar Vaganza Dikritik Sumbang – ‘Macam Karaoke Je, Sengau! Elok Jadi Chef Je Lah’

Terbaru, Fazley memohon maaf kepada semua pihak sekiranya persembahan yang dilakukan semalam kurang memuaskan.

Saya mohon maaf

Menerusi Twitter Fazley, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak memberi persembahan yang terbaik semalam. Ujar Fazley, perasaannya sangat gemuruh dan sedikit emosi ketika tampil melakukan persembahan. Disebabkan itu, beliau berada di tangga terakhir. Jelas Fazley lagi, sudah 10 tahun beliau tidak beraksi dan melakukan persembahan di pentas.

Untuk minggu kedua, Fazley memberitahu dia akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan lagu ‘Laguku Untukmu’ nyanyian Hasnol.

Terubat rindu

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat Fazley dan berharap beliau bakal memberikan persembahan yang terbaik pada minggu kedua ini.

Sumber: Fazley Yaakob

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×