berita

10 Watak Sebenar Yang Dilakonkan Dalam Filem Epik Titanic

September 12th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sebut sahaja mengenai filem Titanic siapa sahaja mesti akan mengalirkan air mata mengenangkan kisah tragedi sebuah kapal yang dikatakan takkan tenggelam dan ia merupakan tragedi hitam yang mencatatkan sejarah dunia. Filem tersebut mempertontokan sebuah kisah cinta sejati antara Jack dan Rose dan situasi panik yang dihadapi oleh seluruh penumpang dan krew kapal apabila berhadapan dengan saat cemas itu.

Namun, siapa sangka disebalik filem tersebut terdapat watak-watak sebenar yang terdapat di dalam filem tersebut. Watak tersebut merupakan penumpang dan kru sebenar kapal gah Titanic ini.

10 watak sebenar dalam Titanic

1. Jack Dawson

Foto: AHakimazizan

Watak Jack Dawson merupakan watak utama dalam filem ini dan menjadi sebutan atas ketampanan wajahnya. Ketika proses pembuatan filem ini, mereka secara tidak sengaja menggunakan nama watak Jack Dawson yang dilakonkan oleh Leonardo Dicaprio. Perkara ini berlaku secara kebetulan dan pengarah filem tersebut iaitu James Cameron, tidak menyangka bahawa nama Jack Dawson adalah wujud.

Menerusi filem Titanic sebenar, Jack Dawson dirujuk pada Joseph Dawson yang merupakan seorang pekerja dandang kapal. Dalam insiden itu, Joseph telah terkorban dan mayatnya dikebumikan di Kanada.

2. Margaret Brown

Foto: AHakimazizan

Seterusnya, watak kedua yang merupakan Margaret Brown, seorang wanita unggul yang menyertai aktivis dan antara wanita pertama yang menyertai arena politik.

Dalam filem tersebut, Margaret diterjemahkan sebagai seorang yang baik hati dan sanggup bertekak dengan Robert Hitchens di atas bot keselamatan. Segala perwatakan dan kelakuan yang ditojolkan menerusi filem tersebut adalah watak sebenar Margaret bukannya rekaan semata-mata.

3. Thomas Andrews

Foto: AHakimazizan

Watak ketiga adalah Thomas Andrews, yang merupakan seorang pembuat kapal yang bertugas membina kapal gah Titanic. Dalam filem tersebut, Thomas turut menaiki kapal tersebut untuk memastikan kapal tersebut dalam keadaan yang selamat daripada sebarang masalah.

Dalam filem tersebut, Andrews dilihat kali terakhir di bilik merokok dan dia sempat menyelamatkan wanita dan kanak-kanak di boat deck.

4. William Murdoch

Foto: AHakimazizan

William Murdoch yang merupakan pegawai yang dilakonkan oleh Ewan Steward, dalam filem tersebut Ewan merupakan sebagai pegawai pertama yang berkhidmat di kapal Titanic. Menerusi watak ini, William bertindak untuk membunuh diri setelah kapal tersebut berlanggar dengan bongkah ais.

Namun, menerusi watak tersebut mendapat kecaman kerana William yang sebenarnya banyak membantu para penumpang menyelamatkan diri tanpa memikiran keselamatan nyawanya.

5. Kapten Smith

Foto: AHakimazizan

Watak seterusnya, merupakan Kapten Smith, yang merupakan kapten kru dan kapten bagi kapal Titanic. Kapten Smith, merupakan seorang yang mahir belayar dan sudah mempunyai 40 tahun pengalaman mengemudi kapal

Sepanjang bergelar sebagai seorang kapten, beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah dan mengalami kemalangan dalam mengemudi kapal. Beliau turut mendapat jolokan Millionaire Captain kerana sering mengemudi kapal-kapal mewah.

Terdapat pendapat yang mengatakan Smith dikatakan berada di ruang pengemudi kapal sebelum mati kelemasan.

6. Joseph Bruce Ismay

Foto: AHakimazizan

Watak keenam merupakan Joseph Bruce Ismay yang merupakan ketua dan pengarah urusan White Star Line. Dalam insiden tersebut, beliau antara penumpang yang terselamat dan banyak memberi keterangan di hadapan Senat A.S. dalam membuat siasatan lanjut.

Joseph meninggal dunia pada tahun 19933 akibat diabetes dan meletakkan jawatan sebagai pengarah pada akhir 1912, dan banyak menghabiskan masanya di Galway Ismay.

7. Benjamin Guggeinheim

Foto: AHakimazizan

Seterusnya, merupakan Benjamin Guggeinheim yang merupakan ahli perniagaan Amerika yang tersohor yang menaiki kapal tersebut bersama perempuan simpanannya, Leontine Aubart.

Beliau terkorban dalam insiden tersebut bersama pembantunya Vitor Gioglio  ketika leka meminum arak.

8. Charles Lightoller

Foto: AHakimazizan

Watak kelapan adalah Charles Lightoller yang berkhidmat sebagai pegawai kedua dalam Titanic. Beliau antara pegawai tertinggi yang sempat terselamat dari tragedi itu dan mengambil keputusan untuk terus bekerja untuk White Star Line, sebelum mula bertugas di Perang Dunia I.

9. Isidor dan Ida Strauss

Foto: AHakimazizan

Seterusnya watak pasangan suami isteri Isidor dan Ida Strauss Isidor Straus yang merupakan pemilik Macy dan mantan Ahli Senat bagi Bandar New York. Pasangan ini mula berkahwin pada tahun 1871.

Menerusi laporan yang diterima, Ida dikatakan enggan menaiki bot penyelamat setelah mengetahui suaminya gagal mendapat tempat bagi bot keselamatan tersebut. Mereka berdua ditemui mati bersama dalam tragedi tersebut dan telah dikebumikan di New York.

10. John Jacob Astor IV

Foto: AHakimazizan

Watak terakhir merupakan John Jacob Astor IV yang merupakan penumpang terkaya dalam kapal Titanic. Beliau juga merupakan salah satu lelaki terkaya di dunia sebelum terkorban dalam insiden tersebut.

John yang baru sahaja pulang dari berbulan madu bersama isterinya mengelilingi Eropah, dan terpaksa pulang semula ke Amerika atas urusan kerja dengan menaiki kapal Titanic.

Kisah epik Titanic ini akan terus diingati sepanjang zaman dan menjadi pengajaran buat semua.

Sumber: AHakimazizan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×