berita

Bateri Lithium-Ion Meletup, Lima Kereta Musnah

September 14th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pada malam Isnin lalu, lima buah kereta telah musnah selepas bateri Lithium-Ion meletup di Lapangan Terbang Sydney.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina

Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi

Lima kereta musnah

Menerusi laporan ABC News, Fire and Rescue NWS dan Aviation Rescue Firefighting Service bertungkus lumus memadamkan api kebakaran yang berlaku di bawah menara kawalan di hujung selatan Airport Drive di Maskot.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam, di mana percikan api mula merebak daripada bateri Lithium-Ion yang terpisah dari sebuah kereta kepada empat kereta yang berdekatan situ yang diletakkan di lapangan terbang.

Superintendan Adam Dewberry dari Bomba dan Penyelamat NSW berkata kebakaran bateri kenderaan bukanlah perkara yang sering berlaku.

Bateri EV sangat berbeza dengan sistem dalam peranti yang lebih kecil, seperti e-skuter atau e-basikal.

Kami tidak melihat terlalu banyak kebakaran bateri e-kenderaan. Ia memenuhi standard dan peraturan yang lebih tinggi. Saya tidak tahu jenama kenderaan itu, tetapi saya cukup pasti pengeluar akan berminat dalam hal ini.

Walau bagaimanapun, punca sebenar masih tidak jelas mengapa bateri itu dikeluarkan dari kereta sebelum kebakaran.

Terdapat kira-kira 25 hingga 30 kereta di tempat letak kereta ketika kebakaran. Superintendan Dewberry berkata kejadian itu mungkin akan menjadi lebih teruk.

Pasukan penerbangan berada di tempat kejadian dengan sangat cepat dan dapat mengatasi kebakaran ini. Walaupun dengan jarak yang dekat dengan api namun ia merebak dengan agak cepat.

Pasukan bomba dan penyelamat memantau bateri itu selama satu malam sebelum menyerahkan semula tempat kejadian kepada penyiasat lapangan terbang.

Dalam kes kebakaran bateri Lithium-Ion, bomba akan menyejukkan bateri dan meletakkannya di dalam bekas berisi air untuk menghentikan penyalaan semula.

Sebagai alternatif, Superintendan Dewberry berkata anggota bomba akan kekal di tempat kejadian sepanjang malam sekiranya berlaku percikan api semula.

Sumber: ABC News

SKIP THIS AD ×