berita

Remaja Melecur Separuh Badan, Mahu Kejar Impian Jadi Bomba

September 21st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang remaja melecur separuh badan selepas kemalangan ketika menaiki ‘dune buggy’ di padang pasir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah 100 Peratus Dijilat Api, Al-Quran & Tasbih Ditemui Dalam Keadaan ‘Sempurna’

Artikel Berkaitan: Pasangan Pengantin Baru Maut Berpelukan, Rumah Didiami Hangus Dijilat Api

Melecur separuh badan

Menerusi laporan Mirror UK, America Salmeron,17, menaiki ‘dune buggy’ di padang pasir Nevada semasa latihan. Namun begitu, kenderaan yang dinaikinya itu terbalik dan terbakar sehingga menyebabkan America terperangkap dibawahnya. Bukan itu sahaja, separuh badannya turut melecur.

Meskipun mengalami kecederaan yang serius, remaja yang berasal dari Pasadena, California itu masih mahu mengejar impiannya untuk menjadi seorang anggota bomba.

America memberitahu dia mendapatkan kekuatan daripada keluarganya untuk keluar daripada kebakaran tersebut.

Apabila saya merasakan bahang selepas ia terbalik, saya memberitahu diri saya bahawa ini adalah penghujungnya, tetapi kemudian saya berkata saya tidak boleh duduk di sini sahaja. Saya berjaya keluar. Keluarga saya adalah perkara pertama yang saya fikirkan. Saya perlu berjumpa mereka sekali lagi.

Sekadar info, America sudah pun menjadi sebahagian daripada program Explorer Jabatan Bomba Pasadena dimana ia melatih anggota bomba generasi akan datang dan sedang dalam proses temu duga untuk menjadi kadet tajaan di Akademi Bomba Verdugo.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×